fbpx
Now Reading
‘Terpadam’ IG Story Bella Hadid Kongsi Asal Usul Bapa Dari Palestin, Instagram Mohon Maaf

‘Terpadam’ IG Story Bella Hadid Kongsi Asal Usul Bapa Dari Palestin, Instagram Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini tidak ramai orang yang tahu bahawa Supermodel Bella Hadid merupakan seorang muslim dan berdarah Palestin sehingga dia sendiri berkongsi hal tersebut pada tahun 2017.

Sejak itu dia tanpa berselidung mengakui berbangga dengan agama dan asal usulnya keluarganya kepada orang ramai.

Namun Bella menjadi topik hangat netizen antarabangsa sejak semalam selepas dia meluahkan rasa kecewanya selepas satu posting yang dimuat naik supermodel itu di IG Story yang memaparkan pasport milik ayahnya, Mohamed Hadid bersama info yang menunjukkan tarikh serta tempat kelahirannya di Palestin telah di padam oleh Instagram.

Lebih mendukacitakan apabila Instagram memaklumkan ianya disebabkan posting tersebut melanggar polisi dan garis panduan yang ditetapkan mereka.

Adakah kami tidak dibenarkan menjadi Palestin di Instagram?

Justeru supermodel itu merasakan perbuatan Instagram adalah definisi sebenar membuli kerana menghalang seseorang dari mengakui tempat kelahiran dan asal usulnya.

Dia juga tegas menyatakan pihak Instagram tidak dapat sewenang-wenang memadamkan sejarah dengan mengunci mulut manusia.

IG Story Bella kemudian mula di repost oleh peminat serta keluarganya termasuk ayahnya, Mohamed Hadid dan adiknya, Gigi Hadid.

Instagram buat permohonan maaf

Perkara ini kemudian sampai ke pihak Instagram sebelum seorang jurucakap Facebook, syarikat induk mereka membuat permohonan maaf kepada supermodel tersebut lapor PageSix.

Menurut mereka ia adalah salah faham yang tak disengajakan kerana menyangkakan Bella Hadid telah berkongsi maklumat peribadi ayahnya iaitu no pasport dan sebagainya

Buang atas dasar privasi

“Demi melindungi privasi komuniti kami, kami tidak membenarkan orang ramai untuk memuat naik sebarang maklumat peribadi seperi no pasport ke instagram

“Bagi kes ini, nombor itu sudahpun di kaburkan justeru ia seharusnya tidak di buang. Kami telah mengembalikan kandungan (IG Story) tersebut dan memohon maaf kepada Bella diatas kesilapan tersebut” jelas jurucakap tersebut.

Saya bangga berdarah Palestin

Bella kemudian memuat naik satu lagi posting berbangga dengan dirinya yang berdarah palestin malah dia meminta orang ramai untuk melakukan perkara samaia bangga mengakui dirinya berketurunan Palestin dan setiap orang perlu berbangga walau di mana mereka dilahirkan.

To protect the privacy of our community, we don’t allow people to post personal information, such as passport numbers, on Instagram. In this case the passport number was blurred out, so this content shouldn’t have been removed. We’ve restored the content and apologized to Bella for the mistake.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.