fbpx
Now Reading
Anuar Kari Kepala Ikan Bawah Pokok Buka Dua Cawangan Baru

Anuar Kari Kepala Ikan Bawah Pokok Buka Dua Cawangan Baru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Orang-orang Lembah Kelang yang gemarkan kari pasti tahu kedai kari kepala ikan bawah pokok yang terletak di Bangsar bukan?

Menjadi pilihan ramai sejak 30 tahun dahulu, Anuar kari kepala ikan terus gagah berniaga di tengah-tengah Bangsar dengan harga yang mampu di makan iaitu kurang RM5 untuk sepinggan nasi siap dengan ayam goreng, sayur dan kuah kari yang lazat.

Kedai mereka di Bangsar yang sentiasa dipenuhi orang Foto : SyafiqHazwan

Cuma baru-baru ini tular foto kedai mereka di Bangsar dirobohkan. Mereka sebenarnya sedang melakukan pengubahsuaian di kedai tersebut jadi sementara menunggu kedai mereka disiapkan, mereka mengambil alternatif dengan beroperasi menggunakan food truck.

Terbaru demi keselesaan pengunjung, Anuar Kari Kepala Ikan semalam telah membuka satu lagi cawangan baharu mereka di No.19, Jalan Dangi Wangi, 50100, Kuala Lumpur.

Cawangan ini dibuka selepas beberapa hari pembukaan cawangan mereka di Kota Warisan Sepang. Jadi selain di tengah-tengah ibukota, warga Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan berdekatan pun dah boleh merasai kelazatan nasi kari kepala ikan mereka.

Yang menariknya semalam sebagai promosi pembukaan cawangan Dang Wangi Anuar Kari Kepala ikan telah menawarkan set nasi ayam/ikan, sayur taugeh bersama kari pada harga RM3 sahaja.

Buat anda yang terlepas jangan risau, kerana harga nasi set mereka takkan pergi jauh. Dengan RM 5 anda mampu makan dengan kenyang di sana!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.