fbpx
Now Reading
Baru Beberapa Hari Pelancaran, Lagu ‘Cinta Sementara’ Oleh The Truth Kini Trending Di Youtube

Baru Beberapa Hari Pelancaran, Lagu ‘Cinta Sementara’ Oleh The Truth Kini Trending Di Youtube

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggemar Youtube pasti kenal dengan gandingan duo Naufal Isa dan Irwan Fariz yang lebih dikenali sebagai The Truth.

Mereka kerap mendendangkan lagu-lagu cover Top 40 yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu seperti Way Back Home (Pulanglah) di saluran Youtube juga di laman Instagram mereka.

Terbaru dalam usaha memperluaskan pengaruh positif kepada anak muda , duo ini telah tampil menerusi single pertama mereka yang berjudul Cinta Sementara.

 Dengan memilih karya ciptaan Akmal Mustafa manakala susunan muzik oleh Iris Tan dan Ida Liew , Cinta Sementara yang diterbitkan di bawah label TS Records (Tarbiah Sentap) akan memberikan pendengar sisi baru manifestasi muzik The Truth yang sarat dengan mesej-mesej positif berimpak.

Penggunaan lirik seperti “Tiada sempurna angan dan cita dalam mengejar cinta sementara” dan “Tuhan saksikanlah usahaku mencari Mu” turut menyerlahkan lagi keunikan persembahan lagu The Truth di dalam Cinta Sementara.

Perjalanan seorang hamba umpama musafir

Menurut Irwan, single The Truth kali ini cuba menyelami realiti pilihan yang sering dihadapi manusia sepanjang kehidupan di dunia.

“Kami cuba menzahirkan perjalanan kehidupan seorang hamba sepertimana musafir yang sedang berkelana.

“Sebagai musafir, perjalanan kita pasti akan bertemu pelbagai persimpangan serta dilema yang menghantui.

“Realiti-realiti inilah yang ingin kami bawakan kepada pendengar The Truth untuk diterokai bersama sepanjang lagu ini,” jelas pemuda kelahiran Sungai Petani, Kedah ini.

Mengulas mengenai transisi mereka kepada The Truth, Naufal ketika ditemui menjelaskan persoalan ini seringkali dibangkitkan oleh peminat di awal kemunculan mereka sebagai The Truth. 

“Pada awalnya ramai juga mempersoalkan tindakan kami, tetapi setelah melihat sendiri perubahan serta pembaharuan yang kami cuba bawakan menerusi lagu-lagu cover di YouTube, rata-ratanya memberikan respon yang positif. Mereka inilah yang kini kami panggil Truthfam.

The truth yang dianggotai Naufal Isa dan Irwan Fariz

“Alhamdulillah, kami berasa amat beruntung dan bersyukur kerana memiliki peminat yang sangat mendukung tranformasi serta segala usaha yang kami lakukan sehingga ke hari ini.

Tidak sampai 24 jam sudah meniti tangga cara Youtube

Yang menariknya tidak sampai 24 jam video muzik Cinta Sementara dilancarkan di laman YouTube, lagu mereka telah berjaya meniti tangga carta YouTube trending di Malaysia.

Semestinya ini suatu pencapaian yang baik dan petanda positif, sekaligus membuktikan lagu-lagu dakwah masih lagi diterima baik oleh masyarakat di negara ini.

“Tak dapat dinafikan yang kami berasa amat teruja bila melihat sendiri respon positif yang kami terima daripada peminat terhadap Cinta Sementara.

“Tinggi harapan kami agar pencapaian ini mampu menjadi suntikan semangat kepada pendatang baru industri yang lain untuk berani kehadapan dengan mesej dan pakej yang positif,” kata Naufal.

Cinta Sementara terbitan TS Records kini sedia dimainkan di semua platform muzik digital terkemuka termasuk Joox, Spotify dan Apple Music. Anda juga boleh menonton klip video rasmi Cinta Sementara arahan Aidil Azhar di saluran YouTube rasmi Tarbiah Sentap.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.