fbpx

“Dia Mempunyai ‘Angry Bird’ & Dilahirkan Sebagai Lelaki” – Selepas Sajat, Kini PU Syed Tempelak Safiey Illias

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CCcHVeFp-58/

Selepas menempelak Sajat, kini Pencetus Ummah (PU) Syed dilihat turut meluahkan rasa geramnya terhadap satu lagi selebriti kosmetik iaitu Safiey Illias.

Menerusi Instagram, PU Syed atau nama betulnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyuarakan rasa hatinya memandangkan padanya Safiey sebelum ini sudah elok bertaubat namun dilihat kembali menjadi ‘wanita’ semula.

“Isu taubat antara dia dengan Allah.. namun ..”

“Apa lagi nak dikata pada seorang lagi ini yang telah kali kedua bertaubat dan kembali semula menjadi ‘paknyah’.

“Isu taubat adalah urusan dia dengan Allah yang Maha Pengampun, namun isu dia mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yang songsang kepada masyarakat adalah isu yang paling utama yang perlu segera dirawat sebelum menjadi pandemik yang sukar diatasi.

“Dia dan Sajat sama-sama mempunyai angry bird @ punai dan dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki. 

“Namun disebabkan ‘perasan’ yang mereka telah terperangkap dalam tubuh lelaki, maka berusahalah mereka untuk merubah segala yang Allah telah jadikan kepada mereka,” katanya

PU Syed meluahkan rasa kesalnya memandangkan Safiey Illias sebelum ini sudah berubah

Rawatan seharusnya di pakar psikitri bukannya pakar bedah plastik

Tambah pendakwah itu lagi, semua keinginan songsang itu seharusnya dirawat oleh pakar psikiatri dan bukannya dengan doktor bedah plastik yang jelasya hanya ingin mengaut keuntungan.

“Mereka mempunyai followers ‘tengin’ yang ramai sehingga mengiyakan sahaja apa yg mereka lakukan,” katanya.

Dilihat ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan PU Syed malah ramai menyifatkan tindakan kedua mereka sudah melampaui batas .

Ramai turut mendoakan agar kedua-dua usahawan kosmetik ini bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.