fbpx
Now Reading
Doktor Temui Cacing Sepanjang 3.5 Cm Di Tekak Wanita Selepas Menjamah Sashimi

Doktor Temui Cacing Sepanjang 3.5 Cm Di Tekak Wanita Selepas Menjamah Sashimi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka sakit tekak selama 5 hari yang dialami seorang wanita di Jepun akhirnya dikenal pasti berpunca dari cacing yang terdapat di dalam makanan yang dijamahnya iaitu Sashimi.

Kejadian tersebut yang berlaku di Tokyo itu difahamkan hanya disedari wanita berumur 25 tahun itu selepas dia bertemu doktor disebuah hospital untuk mencari punca dia mengalami sakit tekak yang berlanjutan.

Dia dalam masa sama turut memaklumkan kepada doktor bahawa dia ada menjamah satu set sashimi sebelum mula diserang simptom sakit tekak tersebut.

Doktor yang merawatnya kemudian terus melakukan pemeriksaan di bahagian tekak dan hasilnya begitu mengejutkan!

Mereka telah menemui satu ‘objek’ kecil kehitaman yang sedang bergerak-gerak di sebalik tonsil kiri wanita tersebut yang kemudiannya dikenal pasti sebagai cacing cacing parasit jenis Pseudoterranova Azarasi.

Doktor kemudiannya bertindak menarik keluar cacing tersebut sekaligus memberikan kelegaan kepada wanita berkenaan.

Memetik Insider yang memetik kajian kes oleh American Journal of Tropical Medicine and Hygiene. , kes ini diklasifikasin sebagai satu kes yang luar biasa memandangan kebanyakan penemuan cacing adalah di bahagian usus manusia dan bukan di bahagian mulut.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kes yang luar biasa kerana kebanyakan penemuan cacing selalunya berlaku di bahagian usus manusia dan sangat jarang ia dijumpai di bahagian mulut. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.