fbpx
Now Reading
Suspek Bunuh Kucing Dobi Akhirnya Diberkas, Rupanya Kurang Siuman

Suspek Bunuh Kucing Dobi Akhirnya Diberkas, Rupanya Kurang Siuman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/nurhafizah.my/posts/4098574960183820

Sejak semalam tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan aksi kejam seorang lelaki membunuh 3 ekor kucing dengan melemaskan ketiganya di dalam sebuah mesin basuh di sebuah dobi di Kepong.

Terbaru tindak sampai 24 jam, pelaku kes berkenaan sudahpun diberkas polis hasil bantuan seorang wanita, Nur Hafizah Mohd Yusof, 38 dan rakannya yang dikenali sebagai Azhar yang juga seorang pencinta kucing.

Pelaku rupanya orang kurang siuman

Namun menurut Hafizah yang mengenali si pelaku memaklumkan dia adalah orang kurang siuman dan hidup gelandangan selepas kematian ibu bapanya sebelum ini.

“Sebaik menyedari kejadian itu tular, saya yang bimbang lelaki kurang siuman terbabit kemungkinan dicederakan terus keluar mencarinya di sekitar kawasan perumahan selepas Maghrib malam tadi,” kata Nur Hafizah yang mengenal pasti lelaki terbabit melalui gambarnya yang tular dan turut dikongsi penduduk di Aman Puri, Kepong

Kerap merayau dan hidup gelandangan

“Dia kebiasaannya akan merayau dan berjalan kaki dari Aman Puri ke Taman Ehsan Kepong dan selalunya tidur di parkir di kawasan perumahan ini.

“Saya nekad mencarinya malam tadi kerana bimbang jika orang lain yang menemuinya kemungkinan dia akan dipukul dan mujur menemuinya kira-kira 9 malam,” katanya kepada Harian Metro

Hafizah dengan bantuan rakannya Azhar kemudia membawa lelaki tersebut pulang ke rumah sebelum menghubungi pihak polis.

“Ketika itu, dia langsung tidak bertindak agresif dan tidak lama kemudian polis datang sebelum empat pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar tiba kira-kira 12 tengah malam.

“Saya juga ada memberitahu kepada pegawai terbabit keadaan lelaki itu dan berharap dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya.

Bukan isteri pelaku seperti dakwaan netizen

Dalam pada itu, Nur Hafizah turut menjelaskan terdapat salah faham dikalangan netizen yang menyangkan dia adalah isteri kepada si pelaku selepas fotonya yang mengenakan purdah sewaktu malam kejadian tular di media sosial.

Foto Hafizah yang tular di media sosial sehingga ramai menyangkakan dia adalah isteri kepada si pelaku

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe dalam satu kenyataan berkata, kes ini akan disiasat mengikut Akta kebajikan Haiwan 2015.

Perkara sama turut dimaklumkan Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Zainita Mohd Noor yang menjelaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden terbabit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.