fbpx
Now Reading
Kazakhstan Nafi Laporan China Mengenai Kewujudan Virus Baharu Lebih Bahaya Dari Covid-19

Kazakhstan Nafi Laporan China Mengenai Kewujudan Virus Baharu Lebih Bahaya Dari Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kami ada menulis satu artikel mengenai laporan dari media China mengenai amaran yang dikeluarkan kedutaan besar mereka di Kazakhstan mengenai kewujudan satu virus pneumonia baharu yang tidak dikenali yang sedang menyerang negara tersebut.

Menerusi laporan itu mereka turut menyifatkan ianya lebih berbahaya daripada COVID-19 dan sudah mula menular di beberapa bandar seperti Atyrau, Aktobe dan Shymkent  sejak pertengahan Jun lalu.

Terbaru Kazakhstan menerusi Kementerian Kesihatan mereka menafikan laporan mengenai amaran tersebut dan mengesahkan bahawa laporan tersebut adalah tidak selari dan bercanggah dengan fakta sebenar.

Foto sekadar hiasan

Di bawah kami kongsikan email yang dihantar kepada kami untuk rujukan anda semua :

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan China di Kazakhstan baru-baru ini tentang jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang lebih merbahaya dari coronavirus yang dikatakan telah tersebar di Kazakhstan adalah tidak benar.

Kenyataan tersebut telah disiarkan di beberapa buah media di China.

Kementerian Kesihatan Republic of Kazakhstan dengan ini secara rasmi mengesahkan bahawa laporan tersebut adalah tidak selari dan bercanggah dengan fakta sebenar.

World Health Organisation (WHO) telah mengklasifikasikan pneumonia sebagai ‘International Classification of Diseases – ICD 10’ manakala covid-19 diletakkan di dalam kategori klinikal atau ‘epidemiology’ contohnya seperti sekiranya paru-paru yang dijangkiti mengalami symptom ‘frosted glass’.

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak disahkan oleh pihak makmal. Sepertimana negara-negara lain, Kazakhstan turut mengawasi simptom pneumonia dinegara tersebut dan mempunyai data serta rekod untuk memastikan jangkitan coronavirus di negara tersebut dapat diurus dan diawasi dengan baik.

Pada 9 Julai 2020, Menteri Kesihatan Kazakhstan, Alexey Tsoy melaporkan bahawa simptom jangkitan pneumonia di negara tersebut secara keseluruhannya adalah jangkitan fungus dan bakteria, ‘viral origin’ termasuklah ‘viral pneumonia of unspecified etiology’ iaitu simptom-simptom yang terdapat di dalam ICD10.

Kementerian Kesihatan Republic of Kazakhstan menegaskan bahawa laporan media tersebut adalah tidak benar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.