fbpx
Now Reading
Percaya Coronavirus Hanya Mitos, Pemuda Maut Selepas Hadiri ‘Parti Covid’

Percaya Coronavirus Hanya Mitos, Pemuda Maut Selepas Hadiri ‘Parti Covid’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Amerika Syarikat merupakan negara yang paling teruk terjejas akibat penularan pandemik Covid-19. Bukan ekonomi mereka sahaja yang bergoncang, 3 juta rakyatnya juga sudah disahkan positif virus maut tersebut dengan angka korban melebihi 137,000.

Namun angka itu tidak sedikitpun menimbulkan rasa gerun dikalangan segelintir rakyat mereka apabila ramai yang dilihat mengingkari arahan yang dikeluarkan kerajaan AS malah ada yang turut menjadikan wabak tersebut sebagai gurauan.

Siapa sangka di sebabkan sikap tak mahu ambil tahu dan percaya wabak tersebut hanyalah mitos dan rekaan semata-mata, seorang pemuda dari Texas akhirnya maut selepas menghadiri satu parti yang diberi nama ‘Parti Covid’

Foto sekadarh hiasan

Dianjurkan seorang pesakit Covid-19

Difahamkan parti tersebut telah dianjurkan oleh seorang pesakit yang disahkan positif Covid-19 .

Meyakini ia hanya mitos malahan faktor tubuhnya sihat dan kuat, pemuda berusia30 tahun itu kemudiannya nekad menghadiri majlis tersebut.. namun nyata telahannya salah.

Kisah tersebut dikongsikan Dr Jane Appleby, Chief Medical Officer di Hospital Methodist Hospital yang terletak di San Antonio .

“Saya tak mahu menjadi seorang yang alarmist, namun kami hanya mahu berkongsi kisah benar yang terjadi bagi memberikan pemahaman kepada komuniti bahaya virus ini serius dan boleh merebak dengan mudah.

Foto sekadar hiasan

Mengakui silap percaturan sebelum menghembuskan nafas terakhr

Tidak mendedahkan butiran pemuda tersebut Appleby bagaimanapun memaklumkan pemuda itu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir telah mengakui kesilapannya dengan menghadiri majlis tersebut.

Lebih memilukan kata-kata terakhirnya yang diucapkannya kepada seorang jururawat jelas menunjukkan rasa kesalnya : “Saya rasa saya dah buat satu kesilapan, saya sangkakan ia hanyalah penipuan, namun sebenarnya tidak”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.