“Setahun Lebih Saya Pikul Tanggunjawab Sebagai Bapa, Saya Tak Halang Dia Tengok Anak Pun” – Lufya Omar
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Meskipun mahligai yang dibina hanya bertahan selama empat tahun selepas bercerai talak satu pada jun lalu, pelakon Lufya Omar bagaimanapun menafikan dia menghalang bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dari bertemu anak mereka, Laana Haura.
Sebaliknya menurut Lufya, bekas suaminya yang tidak pernah datang menjenguk Haura yang kini dibawah jagaannya.
“Setahun lebih saya dah pikul tanggungjawab kamu sebagai bapa. Saya tak halang dia untuk menjenguk anak, tapi dia tak datang pun,” katanya kepada Harian Metro
Lufya dalam masa sama turut meminta bekas suaminya untuk tidak berdolak dalik dalam hal membabitkan anak mereka
“Mengenai anak, jangan nak berdolak dalik. Allah Maha Melihat. Jadi lelaki dan jangan cakap tak serupa bikin. Kesian kepada anak kerana masa depan dia lebih penting,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Lufya dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana padanya perkara sebegini seharusnya dibincang bersama. Malah, turut meminta Hafiz tidak menggunakan dirinya untuk mengejar populariti
“Saya ambil pendekatan berdiam diri kerana isu ini lebih baik dibincangkan antara kami atau di mahkamah. Jangan gunakan saya untuk tujuan nak glamor. Awak adalah doktor dan bukannya artis. Jaga tatasusila sebagai doktor,” katanya.
Tambah bintang AF itu lagi, dia memiliki bukti yang kukuh mengenai apa yang berlaku dalam rumah tangga justeru semua itu bukan satu fitnah daripadanya. Dia bagaimanapun memilih untuk tidak menghebahkannya demi menjaga aib keluarga
“Saya dah cukup bersabar. Kalau dia lelaki yang baik dan bertanggungjawab, tak akan jadi sampai begini. Saya ada cukup bukti atas tuduhan saya ini.
“Saya simpan dan tak perlu saya hebahkan kerana ia boleh mengaibkan dirinya dan ahli keluarganya,” katanya.
Terdahulu Che Hafiz mengesahkan kepada media bahawa dia dan lufya sudahpun sah bercerai pada 17 jun lalu.
Dia bagaimanapun mengharapkan dapat diberi kerjasama yang baik berhubung penjagaan anak.
“Perceraian ini dibuat secara baik dan ia jalan terbaik buat kami. Cuma selepas ini saya berharap dia dapat memberikan kerjasama baik dari segi penjagaan anak.
“Dalam perkara ini saya cuba dengan cara baik. Tanggungjawab bukan setakat nak kena bagi duit, tapi saya nak juga berjumpa. Saya masih bapa kandung pada anak kami. Jadi, saya juga ada hak bersama,” katanya kepada Harian Metro.