Pertahankan Malaysia, Lelaki Mat Saleh Ini Jelaskan 15 Kesalahan Al Jazeera Dalam Dokumentari Mereka

Kami yakin anda pasti ingat dengan personaliti media sosial, Dustin Pfundheller yang sebelum ini pernah tular di atas penghasilan video How Malaysian Did The Impossible , yang menceritakan bagaimana negara kita berjaya menangani wabak Covid-19 yang menurutnya satu pencapaian yang membanggakan.

Namun siapa menyangka isu video kontroversi Locked Up In Malaysia Lockdown yang diterbitkan Al Jazeera turut meraih perhatian Dustin.

Menerusi akaun facebook page ‘Other Side of The Truth ‘ , Dr. Dustin tampil mempertahankan Malaysia dari ‘serangan’ agensi berita antarabangsa itu dengan mengemukakan 15 kesalahan yang terdapat pada laporan Al Jazeera tersebut.

“Al Jazeera membuat laporan yang berat sebelah dan hanya berpandukan satu pihak terhadap Malaysia”

“Ianya sangat mengecewakan dimana terlalu banyak kesilapan yang dilihat dalam satu video terbitan sebuah syarikat media yang besar.

“Banyak perkara yang Malaysia lakukan sehingga berjaya memerangi COVID-19 adalah salah menurut Al Jazeera,” tulis Dustin di Facebook.

Menerusi video reaksi tersebut, Dustin yang juga seorang doktor gigi turut berpendapat pihak Al Jazeera seolah memilih jalan cerita yang dimahukan mereka dalam menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk .

Ia boleh dilihat menerusi kenyatan yang dikeluarkan wartawan mereka yang tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan memasuki kawasan PKPD (Diperketatkan) sehingga merakam video pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas yang sememangnya sudah menjadi satu kesalahan kerana boleh menjejaskan reputasi mereka.

Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati apabila gagal memasuki kawasan ‘terkawal’ sedangkan jelas menerusi video tersebut wartawan mereka tidak mengenakan sebarang alatan pelindung diri seperti pelitup muka.

Tambah warga Amerika Syarikat itu lagi, mereka juga dilihat keliru dengan terma pendatang haram dan pekerja migran yang masuk secara sah selain tidak memahami isu dan usaha sebenar kerajaan dalam memerangi COVID-19 ketika ini.

Tambahnya lagi, tindakan Al Jazeera menutup ruangan komen mereka secara spesifik pada video tersebut juga dilihat melampau kerana tidak dapat memberikan peluang untuk rakyat Malaysia membuat penjelasan atau memaklumkan sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dengan laporan tersebut.

Anda boleh menonton video tersebut di bawah :

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago