fbpx
Now Reading
Rasa Pening Selepas Makan Durian? Ikuti Perkongsian Doktor Ini Untuk Ketahui Punca & Cara Atasinya

Rasa Pening Selepas Makan Durian? Ikuti Perkongsian Doktor Ini Untuk Ketahui Punca & Cara Atasinya

Kebanyakan rakyat di Malaysia pasti gemarkan durian. Namun hakikatnya tak semua orang sesuai untuk menjamah raja buah tersebut antaranya mereka yang mengalami masalah angin.

Mereka bukan sahaja akan merasa pening, malah ada yang menjadi mual sehingga termuntah. Persoalannya kenapa?

Menerusi satu posting di Facebook, seorang doktor telah berkongsi kepada orang ramai mengenai punca dan cara mengatasi masalah tersebut.

Menurutnya meskipun durian tidak mengandungi kolestrol, selain kadar lemak tepu yang sangat rendah serta mengandungi lemak mono tak tepu yang bagus untuk jantung, tapi durian mengandungi tahap asid amino tyramine yang tinggi.

Ini yang menjadi punca mual dan sebagainya. Selain itu Tyramine juga boleh menyebabkan seseorang yang tidak serasi dengannya mengalami simptom lain seperti pengecutan salur darah, rasa pening , kembung dan banyak lagi.

Durian tiada kolesterol. Yillek. Zero kolesterol. Kolesterol wujud dalam haiwan, bukan tumbuhan. Malah durian sangat rendah lemak tepu (0.85g) per 100g durian. Malah durian tinggi lemak mono taktepu yang bagus untuk kesihatan jantung dan salur darah. Tapi..Kenapa pening, tekanan darah naik lepas makan durian? Sebenarnya, puncanya mungkin kerana durian tinggi asid amino tyramine. Biasanya orang ada masalah sistem pencernaan @ “angin” akan akan mengalami masalah tak serasi tyramine ni:

– Pengecutan salur darah ( mampu cetus migrain)
– Pening melayang ( risiko cetus vertigo)
– Tekanan darah meningkat (hypertension)
– Jantung berdegup kencang (palpitation)
– Kemungkinan perut tak selesa (gastrik)
– Kembung ( angin SIBO)
– Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dll)

Selain tyramine, durian tinggi sulfur jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur. Risiko sama alergi lain, boleh jadi semput, bengkak mata dan pengsan. Mati? boleh jadi.

Jaga pemakan ! Elak kafein!

Justeru bagi mengelakkan semua ini, anda perlu pastikan perut dalam keadaan sihat iaitu dengan mengelakkan pengambilan kafein dan teobromine seperti Kopi, teh, coklat, Cola (coke,pepsi), alkohol (Histamine, tyramine), seafood bercengkerang (Histamine), cili, dan makanan peram iaitu tempoyak

Amalkan juga pemakanan yang sihat terutamanya makanan yang mengadungi vitamin C, antioksida dan antikeradangans elain memulihkan perut sebelum menjamah durian

Senang cerita, semua ini berlaku jika ada angin. Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat! Jadi orang ada masalah angin jangan combo pulak makan durian dengan makanan streskan perut ini. Kafein dan teobromine: Kopi, teh, coklat, Cola (coke,pepsi), alkohol (Histamine, tyramine), seafood bercengkerang (Histamine), cili, peram (tempoyak)

Solusinya:

See Also

#1: Pulihkan Perut dengan rehatkan dulu makanan pencetus seperti makanan di atas.
#2: Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C, antioksida dan antikeradangan.
#3: Kembalikan cara hidup fitrah untuk bantu pemulihan badan. Pilih makanan toyyib, tidur awal dan aktifkan diri di waktu siang.

PUNCA SAKIT LEPAS MAKAN DURIAN DAN…

Posted by Hafiz Sulaiman on Saturday, 27 June 2020

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.