Berita kehilangan pelakon Hollywood, Naya Rivera yang pernah membintangi siri televisyen Glee benar-benar mengejutkan dunia. Apatah lagi dia ‘lesap’ meninggalkan anaknya, Josey Dorsey yang berumur 4 tahun keseorangan didalam sebuah bot di tengah-tengah Tasik Piru, yang terletak di California, Amerika Syarikat.
Namun semalam mayatnya telah pun ditemui malah autopsi yang dijalankan pihak berkuasa menyimpulkan Rivera mati kerana lemas dan mereka tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan kes itu dengan sebarang unsur jenayah.
Buat keluarga Rivera, perkara ini jelas melegakan. Sekurang-kurangnya mereka kini mengetahui apa yang terjadi selepas hampir seminggu bingung tanpa sebarang klu.
Namun buat peminat teori konspirasi di alam maya, ini adalah satu petanda lain justeru ramai membuat spekulasi konspirasi mengenai kematian wanita itu.
Tarikh mayat Rivera dijumpai jelas mengejutkan ramai orang. Ini kerana tarikh tersebut kebetulan sama dengan tarikh kematian bintang utama Glee, Cory Monteith iaitu 13 Julai 2013.
Hasil penelitian netizen dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV ) yang dikongsikan pihak berkuasa, Rivera dilihat berjalan sedikit jauh meninggalkan anaknya.
Tindak-tanduk Rivera pada mereka agak pelik. Ini kerana menurut mereka ibu bapa kebiasaannya tidak meninggalkan anak di belakang semasa berjalan. Namun perkara itu tidak dipersetujui ramai
Rivera semasa keluar dari kenderaannya dilihat mengenakan baju berwarna hitam dan berseluar putih namun dia kemudiannya hilang sebelum muncul kembali dengan baju berbeza.
Pada kami jelas itu perkara biasa untuk seseorang menyalin pakaiannya sebelum melakukan aktiviti air.
Netizen mendakwa sebuah portal hiburan antarabangsa telah melaporkan kehilangan Rivera pada 3 Julai sedangkan bintang tersebut hanya memuat naik foto bersama-sama anaknya pada 7 Julai; hari dia dilaporkan hilang.
Soalan mereka, bagaimana portal tersebut boleh mengetahui perkara yang belum pun berlaku
Rivera dilaporkan telah meninggalkan telefon mudah alihnya di dalam kereta sebelum menaiki bot bersama anaknya.
Dia bagaimanapun telah melakukan video call Facetime bersama keluarganya menerusi aplikasi Facetime ketika di dalam bot.
Namun, ramai berpendapat dia mempunyai telefon bimbit lain khusus untuk berhubung dengan keluarga semata-mata.
Dalam bahasa Finnish, Piru bermaksu syaitan manakala no 333 yang mewakili umurnya (33 tahun) merupakan darjat tertinggi dalam freemason untuk dikorbankan.
Justeru ada teori mengandaikan Rivera merupakan salah seorang mangsa korban ‘iluminati’.
Penggunaan kapsyen ‘Just the two of Us’ oleh Rivera menimbulkan tanda tanya dimana terdapat insiden kematiannya dikaitkan dengan lirik lagu Just The Two Of Us nyanyian Eminem
Lirik nyanyian asal 97 Bonnie and Clyde itu juga ditafsirkan punyai maksud wanita (ibu) kepada keluarga tersebut mati lemas dalam tasik.
Apa sahaja pendapat yang dikeluarkan harapnya tidak keterlaluan apatah lagi keluarga Rivera baru sahaja kehilangannya.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…