fbpx
Now Reading
“Ali Awak Buat Apa Ali? ” – Gelagat Wartawan TV3 Ditegur Cikgu Cuit Hati Netizen

“Ali Awak Buat Apa Ali? ” – Gelagat Wartawan TV3 Ditegur Cikgu Cuit Hati Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti ramai bersetuju kalau kami katakan kebanyakan laporan dari mana-mana program berita samaada di TV mahupun Portal online pasti sama dan kelihatan formal.

Namun laporan santai dari wartawan TV3 untuk program berita Buletin utama bersempena pembukaan sekolah semalam pasti akan mengubah pandangan anda malah pasti mencuit hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

Seolah cuba mengambil mood pelajar , wartawan ini dilihat mengenakan uniform sekolah menengah sambil melakonkan watak sebagai seorang pelajar sambil membuat laporan dari lapangan.

Yang menariknya keletahnya ‘bercakap’ semasa proses pembelajaran sedang berlangsung sebelum ditegur oleh guru yang sedang mengajar di hadapan berjaya meraih 214,000 tontonan dan 15,900 perkongsian

Rata-rata netizen bukan sahaja teruja dengan telatah dan kelainan pembaca berita tersebut, malah mereka juga memuji guru tersbut yang begitu sporting dalam membantu wartawatan tersebut menyampai laporan

“Buletin tv3 sekarang bukan biasa biasa. Makin seronok pulak aku tgk HAHAHA” tulis seorang netizen.

“Wahh tv3 dah pandai berlakon dahla sekarang. Wahh wahh wahh ” ciap seorang lagi netizen

“Mcm pelajar betul dah. “awk bercakap je dari tadi” Ali cover cover Malu” kata seorang lagi .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.