fbpx
Now Reading
“Bapak Menteri & YB… Maruah, Agama & Bangsa Di Tangan Anda” – Bront Palarae

“Bapak Menteri & YB… Maruah, Agama & Bangsa Di Tangan Anda” – Bront Palarae

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dapat dinafikan sejak Persidangan Dewan Rakyat kembali diadakan beberapa hari lalu, banyak video kontroversi dan pertelingkahan melibatkan ahli parlimen dalam menghuraikan hujah masing-masing ditularkan di media sosial.

Ini jelas menimbulkan rasa tidak senang di kalangan netizen yang sentiasa mengikuti perkembangam politik dan isu semasa.

Terpanggil untuk memberikan pendapatnya, pelakon terkenal Bront Palarae menerusi Twitter menasihati kesemua ahli-ahli parlimen dari kedua kedua blok supaya menjaga tingkahlaku dan adab mereka sewaktu bersidang.

Akan menjadi contoh untuk generasi akan datang

Menurutnya apa sahaja kelakuan mereka sewaktu bersidang di Parlimen akan kekal di internet. Ia bukan sahaja akan dipertontonkan kepada generasi akan datang malah kepada orang luar

“Bapak Menteri & YB Sekalian. Mohon Beringat, sekarang dunia internet”

“Apa sahaja yang anda tunjukkan dalam sesi Parlimen, bukan sahaja menjadi contoh & teladan buat anak cucu. Malah juga ditonton oleh warga dunia yang lain”

Malah menurutnya lagi, mereka selaku pemimpin yang dipilih oleh pengundi masing-masing turut membawa maruah agama, bangsa dan negara bersama mereka.

Perkongsian tersebut jelas mendapat sokongan dari rata-rata netizen. Malah ramai turut merasakan tindakan segelintir ahli parlimen yang dilihat tidak profesional malah sangat memalukan kerana menunjukkan sikap dan keperibadian yang tidak baik sewaktu bersidang .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.