fbpx

Cikgu Jefferi Kongsi Pengalaman Bertaubat & Kembali Kepada Fitrah Selepas 30 Tahun Menjadi ‘Maknyah’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/CCr-jheD5Kt

Kecoh di media sosial beberapa hari ini berhubung isu transgender membabitkan beberapa selebriti yang dilihat semakin berani mencabar dengan menayang secara terang-terangan kehidupan privasi mereka di media sosial.

Meskipun perkara ini bukan baru malah sering menjadi perdebatan dan topik perbincangan di kalangan ilmuwan memandangkan ianya melibatkan agama, namun isu ini tidak pernah dapat diselesaikan pemerintah.

Terbaru menerusi satu program Analisis terbitan Al Hijrah yang , seorang bekas transgender tampil berkongsi pengalamannya bertaubat dan kembali kepada fitrah asal selepas lebih 30 tahun bergelumang dalam dunia ‘pondan’

Paling sukar mengawal hawa nafsua

Cikgu Jefferi Mohd Nor, mengakui perkara paling sukar untuk berubah selepas bergelar seorang maknyah adalah mengawal hawa nafsu.

Keseronokan yang hadir menyebabkan sukar untuk golongan transgender melawan perasaan tersebut sekaligus menyukarkan mereka untuk mencari jalan pulang (bertaubat)

Tinggalkan semua kawan lama untuk berubah

Justeru menurutnya untuk berubah perkara pertama yang perlu dilakukan adalah meninggalkan kawan-kawan dari kelompok transgender.

Cikgu jefferey bersama pengacara Hjh Finaz Yunus dan Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Dr Mohd Izwan bin Md Yusof

Ini kerana pergaulan seharian dengan mereka akan membuatkan mereka terus hanyut didalam dunia tersebut.

Tambah bekas penuntut Maktab Perguruan Sultan Ibrahim (MPSI) semangat dalam memperjuangkan kehidupan transgender sangat kuat, justeru kerajaan perlu bertegas dalam membendung dan memimpin mereka untuk kembali ke jalan yang benar.

Malah dia sendiri sebegitu pada masa dahulu sehingga sanggup melawan majikannya iaitu Kementerian Pendidikan.

Saya memilih secara total untuk menjadi pondan. Saya balik kali pertama sebelum posting. Saya pakai skirt dan bawa balik balik seorang boyfriend berbangsa Inggeris. Ibu saya terkejut. Dan ketika itu dan seterusnya, saya tak ingin patah balik kerana bagi saya itulah dunia saya.

Saya sanggup menentang kementerian pendidikan, jadi saya tak takut. Sebab itu jihad dalam perjuangan ‘pondan’ ini memang hebat. Sebab itu kita kena tegas untuk membantu golongan transgender begini.

Ibu main peranan paling utama

Mengakui mempunyai jiwa wanita dari kecil selepas dicabul, dan mula cenderung menjadi pondan selepas memasuki maktab perguruan, Cikgu Jefferi bagaimanapun bersyukur kerana dikurniakan ibu yang begitu penyayang dan dan sentiasa menasihatinya.

Menggelar ibunya sebagai teman paling rapat, ibu kepada Cikgu Jefferi bagaimanapun pasti akan meleteri dan menghentamnya kerana arwah ibunya tidak merestui perubahannya menjadi pondan.

Namun dia bersyukur kekuatannya untuk berubah hari ini adalah hasil dari doa dan nasihat dari ibunya yang tidak putus-putus selama lebih 30 tahun .

I”bu saya main peranan paling utama. Dia selalu mengingatkan saya tentang kesilapan dan dosa-dosa besar yang saya lakukan. Dia juga menentang tindakan saya melakukan pembedahan plastik .

“Hari demi hari saya sedari bahawa jalan yang saya lalui adalah jalan yang silap dan jalan yang gelap. Saya juga semakin faham yang nyawa kita boleh diambil Allah bila bila masa.

Takkan dapat sogok & beli jiwa ibu dengan wang ringgit

Dia seorang wanita yang hebat. Saya beri harta (kemewahan), bawa pergi melancong. Setiap kali pergi melancong, pakai seksi. Setiap kali itulah dia akan marah saya dan pandang jijik terhadap saya.

Saya hanya senyum dan rileks. Namun jauh dalam hati saya, saya tak mampu beli hati ibu saya dengan wang ringgit.

Mengakhiri temuramah tersebut, cikgu Jefferi menasihati agar trangender di luar sana berubah kepada fitrah asal apatah lagi dunia baru sahaja ditimpa ujian besar iaitu Covid-19

Hentikan dan jangan keterlaluan. Perbuatan anda boleh merosakkan negara, bangsa dan negara sendiri.

Tonton video penuh di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.