fbpx

Petugas Hospital Langkawi Dapat Pujian Dari Warga AS, Dr Noor Hisham Luah Rasa Bangga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pandemik Covid-19 benar-benar membuka mata masyarakat di Malaysia yang pasukan perubatan begitu berwibawa dan berdedikasi dalam menjalankan tugas mereka.

Malah masyarakat luar turut mengiktiraf usaha dan peranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani virus maut tersebut terutamanya, Ketua Pengarah Kesihatan , Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Terbaru, petugas kesihatan di Hospital Langkawi, Kedah telah mendapat pujian dari seorang warga Amerika Syarikat yang sebelum ini telah menerima rawatan di sana.

Paul Penders yang mendapatkan rawatan disitu susulan menghadapi masalah berkaitan saraf menzahirkan rasa terima kasih dan memuji perkhidmatan diberikan oleh para petugas kesihatan disana yang padanya begitu cekap dalam mengendalikan pesakit

Selain diberikan layanan yang begitu profesional Paul turut memuji cara penyediaan ubat yang teratur dan penuh sistematik selain makanan yang padanya sedap dan menyelerakan.

Dia kemudian turut mengucapkan rasa terima kasih selepas hampir seminggu mendapatkan rawatan di tempat tersebut dan menyifatkan ianya sangat berbaloi jika nak diukur dengan jumlah wang yang dikeluarkan.

Orang Langkawi boleh berbangga dengan Hospital komuniti mereka

Jelas Paul lagi, warga Langkawi seharus berbangga kerana mereka memiliki sebuah hospital dengan kualiti sebegitu

Perkara ini kemudiannya mendapat perhatian Dr Noor Hisham yang kemudiannya menitipkan sekalung tahniah kepada para petugas di Hospital Langkawi menerusi satu status di Facebook.

Jelas beliau, pasukan perubatan di sana membuatkan semua warga KKM dan rakyat Malaysia berbangga.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.