Tular Video Maki Hamun Pengawal Kerana Tak Bawa Mask, Ini Jawapan Si Tukang Rakam

Sejak semalam tular satu video yang memperlihatkan aksi biadap dua beradik yang memaki hamun pengawal keselamatan di sebuah kompleks beli belah hanya kerana seorang dari mereka iaitu si perakam video telah dihalang dari memasuki premis berkenaan kerana tidak membawa dan memakai pelitup muka .

Tidak cukup hanya menjerit dan menggunakan bahasa kesat wanita berkenaan yang dikenali sebagai Cik Non juga dilihat telah menendang tiang tali garisan yang terletak berdekatan mereka sebagai tanda protes kepada petugas keselamatan terbabit.

“Kang aku sepak kau karang Dah habis dah lah. Ada budak tadi aku nampak tak pakai mask. Budak kecik tak pakai mask. Apa pasal budak boleh tak pakai mask?” tengking wanita tersebut.

“Menang tak guna la kau orang ni (bahasa kasar). Ini Ikea tau bukan kedai dua ringgit. Tapi (bahasa kasar) kena keluar balik kena beli sekarang. PKP dah habis la bodoh.

“Nak bagi masuk ke tak (sambil tendang tiang tali garisan). Nak bagi masuk ke tak? (bahasa kasar)lah kau. Kau boleh suruh aku keluar? Keluar cari mask?” tanya wanita itu tidak puas hati.

Video tular tersebut menyebabkan rata-rata netizen menjadi berang dengan tindakan mereka yang disifatkan memalukan dan langsung tidak beradab.

Tampil beri penjelasan selepas video tular

Terbaru, tular satu IG story yang difahamkan diambil dari IG story si perakam iaitu si adik yang tidak membawa facemask cuba menjelaskan apa yang terjadi.

“Aku memang tak bawa mask sebab memang pergi IKEA kot, shopping paling terbaik dan kaya gitu, bukan shopping kemiskinan pun. 

“Confirm dia sediakan mask tak pun jual.

Diarah beli face mask di mytown

Mereka kemudian diminta membeli facemask di Mytown, mall yang hanya terletak bersebelahan dengan Ikea sebelum dibenarkan masuk .

“Bila nak masuk dia suruh pulak aku dan Ceknon keluar beli facemask kat mytown. Kau ingat jalan KL macam jalan Kampung ke jalan lengang tak jem? ”

Kedai runcit pun sediakan face mask

“Aku pergi kedai runcit pun orang sediakan mask. Yang shopping terbesar ini pula terbalik. Langsung tak sediakan.

“Cek Non naik darah. semua orang dia maki sebab kat depan tu memang dia sediakan mask dan hand sanitizer tapi tak tahulah dia malas nak top up atau apa,” jelasnya.

“Kau nak cakap apa kau cakaplah”

“Aku adik Ceknon darah daging dia sendiri . Aku tahu perangai luar dalam dia. Sumpah dia baik tapi orang anggap dia jahat. Kau nak cakap apa kau cakap lah.

Persoalannya, bukankah Mytown dan Ikea hanya bersebelahan? Tak perlu pun naik kereta malah jalan kaki pun tak sampai 5minit. Apakah yang korang rasa cuba disampaikan oleh si perakam ?

Recent Posts

  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 second ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

5 seconds ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

38 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

3 hours ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

3 hours ago