fbpx
Now Reading
Sambutan Luar Biasa Di Hari Pembukaan Cawangan Pertama Elewsmart, Ustaz Ebit Luah Rasa Terharu

Sambutan Luar Biasa Di Hari Pembukaan Cawangan Pertama Elewsmart, Ustaz Ebit Luah Rasa Terharu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CCxosonFXv0/

Seperti yang dijanjikan hari ini merupakan pembukaan cawangan pertama Elewsmart yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Pembukaan pasaraya milik penceramah dan aktivis Ustaz Ebit Lew ini ternyata mendapat sambutan yang begitu hebat dari pengikut dan penduduk sekitar Lembah Kelang.

Menerusi perkongsian di laman media sosialnya, Ustaz Ebit Lew jelas terharu dengan keadaan tersebut apabila memuat naik foto memperlihatkan ratusan orang sedang beratur panjang untuk masuk ke Elewsmart.

“Ya Allah sebak sayu rasa di pembukaan Elewsmart Bandar Baru Bangi. Terima kasih semua yang mendoakan. Ramainya orang yang hadir memberi sokongan dan mendoakan.

“Jauh-jauh datang. Semua beri isyarat wajah atau tangan. Maksudnya kita semua sebuah keluarga,” tulis Ustaz Ebit ringkas.

Difahamkan orang ramai sudah mula berkumpul di pasaraya tersebut yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi seawal jam 730 pagi lagi.

Selain dari foto-foto tersebut, beliau turut berkongsi video sewaktu pembukaan cawangan di Bangi untuk tatapan orang ramai.

Difahamkan satu lagi cawangan di Kajang akan dibuka esok diikuti cawangan-cawangan iatiu TTDI Grove Cyberjaya, Dataran Perniagaan Cheras ,Prima Sri Gombak Batu Caves, Plaza KLTS Gombak, Dataran Villa Putra Sg. Buloh, Pelangi Square Petaling Jaya, Seksyen 22 Shah Alam dan Taman Subang Perdana Shah Alam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.