fbpx
Now Reading
Lepak Makan Dengan Gelang Kuarantin Di Tangan, Tindakan Wanita Ini Cetus Kerisauan Di Kalangan Netizen

Lepak Makan Dengan Gelang Kuarantin Di Tangan, Tindakan Wanita Ini Cetus Kerisauan Di Kalangan Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2332060723767902&id=100008919910011

Umum mengetahui kerajaan sejak Jun lalu telah mewajibkan mana-mana rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara untuk menjalani kuarantin di rumah.

Keputusan ini sekaligus menamatkan kuarantin wajib yang sebelum ini dilakukan di pusat-pusat kuarantin yang merangkumi hotel-hotel terpilih di dalam negara.

Justeru bagi memudahkan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah, kesemua mereka yang terlibat dikehendaki memakai gelang tangan atau wristband khas sepanjang 14 hari tempoh kuarantin tersebut .

Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan menyebabkan mereka dikompaun RM 1000 dan berdepan tindakan mahkamah.

Tular foto makan dengan gelang ‘pink’ masih di tangan

Namun siapa sangka disebalik arahan tersebut, tular sekeping foto di media sosial yang memperlihatkan seorang wanita yang mengenakan gelang tersebut didapati sedang makan dan minum di sebuah restoran yang dipercayai di Bandar Meru Raya, Perak.

Ini jelas pada mereka satu perlanggaran arahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana individu.

Tidak hanya netizen foto tersebut turut mendapat perhatian Dr Jemilah Mahmood, Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam .

Ini punca risiko gelombang kedua meningkat

Menerusi Twitter Dr Jemilah jelas tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit yang menurutnya mampu mencetuskan gelombang kedua Covid-19 yang begitu ditakutkan semua pihak.

“Orang seperti beliau yang meningkatkan risiko terjadinya gelombang kedua (COVID-19) di negara kita.

” Anda sungguh memalukan, juga keluarga/rakan anda, serta kafe yang membenarkan wanita ini masuk tanpa membuat laporan sedangkan dia sepatusnya di kuarantin” ” tulisnya di Twitter.

Beliau menerusi posting sama turut mencadangkan agar langkah -langkah dan peraturan lebih ketat diperlukan memandangkan wabak Covid-19 masih menular di dalam negara

Pemilik premis tampil menjawab

Terbaru selepas isu inu tular di semua platform media sosial, seorang wanita yang juga seorang peniaga di premis tersebut tampil menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Menerusi Facebook, Nurul Chu Hada Karim menjelaskan dia sudahpun menghubungi  Jabatan Kesihatan Negeri Perak untuk menyemak status wanita berkenaan .

Pegawai kesihatan kemudiannya telah hadir di restoran berkenaan dan mengesahkan wanita tersebut tidak positif namun bakal berdepan tindakan undang-undang kerana mengingkari arahan KKM.

“Kak Nurul sendiri sudah hubungi Jabatan Kesihatan Negeri Perak untuk tanya pasal maklumat mak cik ni.

“Tapi tak boleh dedahkan katanya. Mereka masih siasat kes ni .

“Sat ni 11.23 pagi macam tu pegawai kesihatan datang cafe buat siasatan pasal kes mak cik ni.

“Alhamdulillah pegawai sah kan mak cik merayap ni tak positif cuma mereka tengah cari mak cik ni untuk tindakan undang-undang sebab langgar arahan KKM.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.