fbpx
Now Reading
“Pakai Face Mask Dengan Betul Atau Tanggal Sepenuhnya” – Dr Noor Hisham Tegur Bahaya Jika Letak Pelitup Muka Di Leher

“Pakai Face Mask Dengan Betul Atau Tanggal Sepenuhnya” – Dr Noor Hisham Tegur Bahaya Jika Letak Pelitup Muka Di Leher

Penggunaan pelitup muka dilihat sudah menjadi kebiasaan kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini.

Meskipun ianya tidak diwajibkan kerajaan, namun rata-rata rakyat Malaysia memilih mengenakan face mask ini sebagai langkah melindungi diri dari penularan wabak Covid-19 yang masih lagi mengganas melanda di seluruh dunia.

Namun tahukah anda penggunaan pelitup muka yang salah hanya akan meninggikan risiko anda untuk dijangkiti ?

Penggunaan salah yang kami maksudkan adalah dengan meletakkan pelitup muka anda di bahagian dagu seperti foto di bawah :

Foto : Hopkins Medicine

Perkara ini dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya.

“Pakai pelitup muka dengan betul atau tanggalkan sepenuhnya” tulis Dr Noor Hisham ringkas.

Bersama hantaran tersebut, beliau turut berkongsi sekeping poster dengan headline bertulis “Jangan turunkan pelitup muka di dagu” sebagai panduan mudah untuk orang ramai memahaminya.

Menerusi poster itu lagi, kita juga disarankan untuk menanggalkan topeng muka sepenuhnya sekiranya ingin melakukan aktiviti yang memerlukan anda untuk mengalihkan topeng seperti minum, makan dan sebagainya

See Also

Ini kerana bahagian dalam pelitup muka yang dialihkan dan di letak pada dagu akan tercemar apabila bersentuhan dengan bahagian leher kita yang sudah terdedah .

Justeru apabila dipakai semula di bahagian muka, mulut dan hidung pula akan terdedah kepada bakteria atau virus yang mungkin melekat pada bahagian leher kita.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.