Tular Poster Gergasi Hero Negara Di Shah Alam Diconteng, Dirosakkan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak pagi ini tular video yang dikongsi seorang pengguna sosial yang memperlihatkan mural gergasi yang memaparkan wajah hero-hero negara yang terdiri dari YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa lagi Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan di Shah Alam telah dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Jelas perbuatan ini bukan sahaja berniat melakukan vandalisme malahan ianay adalah satu perbuatan khianat apabila ianya dipenuhi dengn kata-kata kesat yang tidak seharusnya dikeluarkan oleh mana-mana rakyat Malaysia.
Menerusi perkongsian terbaru, poster hasil tangan pelukis mural yang berasal dari Terengganu, Suhaimi Ali dan rakannya itu sudah pun ditutup bagi kerja-kerja baik pulih.
Malah lokasi berkenaan juga menjadi tumpuan media, pelukis mural juga anggota Polis DiRaja Malaysia
Rata-rata netizen baik dari ideologi dan parti yang berbeza mengutuk keras insiden terbabit yang disifatkan dilakukan oleh manusia yang penuh dengan kebencian .
Tak kira PH atau PN yang buat. Siapa yg buat ni perlu ditangkap. Vandelisme tak kenal puak politik mana
— Mat (@azimzaharii) July 20, 2020
Siapa pun anda dan apa pun motif di sebalik perbuatan khianat tersebut, kami berharap anda bakal ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal!