fbpx
Now Reading
Kerap Jumpa Peniaga Tak Pamer Harga & Sebut ‘PM Tepi’ ? Lapor Perbuatan Mereka Di Nombor Ini

Kerap Jumpa Peniaga Tak Pamer Harga & Sebut ‘PM Tepi’ ? Lapor Perbuatan Mereka Di Nombor Ini

Dahlah sorok harga, reply pun lambat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Membeli barang secara online semakin menjadi pilihan orang ramai. Selain faktor harga yang kadang kala murah dari membeli di kedai fizikal ianya juga mudah memandangkan semuanya di hujung jari.

Namun ia tidak lah semudah mana sekiranya berdepan peniaga yang suka ‘bermain harga’ dengan tidak mempamerkan harga mereka terutamanya di dalam media sosial.

Malah ianya bagaikan sudah menjadi kebiasaan di kalangan peniaga online iaitu meminta pelanggan untuk berhubung secara personal dengan mereka atau kata lainnya ‘PM Tepi’

Jelas tindakan ini sebenarnya adalah salah salah disisi undang meskipun budaya ‘PM tepi’ sebenarnya di benarkan.

Ini kerana berniaga secara online tetap sama seperti konsep berniaga di luar sana dimana setiap produk yang dijual secara atas talian haruslah disertakan dengan harga barangan serta maklumat yang jelas mengenai produk tersebut.

Perkara ini termaktub dalam Peraturan-peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Cuma yang menjadi persoalannya bagaimanakah cara untuk anda membuat aduan?

Mudah je caranya, apa yang anda boleh buat adalah dengan melaporkan salah laku peniaga terbabit kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi whatsapp di nombor ini : 019-279 4317.

Pastikan anda dapatkan segala butiran mengenai peniaga terbabit, serta bukti seperti lampiran di bawah :

Sekadar maklumat, no ini juga boleh digunakan untuk aduan mengenai salahlaku peniaga di luar sana bukan hanya peniaga online.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.