fbpx
Now Reading
Maya Karin Tempa Nama, Diiktiraf Pelakon Wanita Terbaik Di Ramsgate International Film & TV Festival

Maya Karin Tempa Nama, Diiktiraf Pelakon Wanita Terbaik Di Ramsgate International Film & TV Festival

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres cantik, Maya Karin menempa nama di pentas antarabangsa selepas menerima pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Commendation in Best Actress Category) di Ramsgate International Film & TV Festival yang berlangsung pada 11 – 14 Jun 2020 yang lalu

Difahamkan pengiktirafan tersebut diperolehi menerusi lakonannya di dalam filem ‘Olympic Dream’ yang turut tersenarai sebagai Pilihan Rasmi (Official Selection) Festival tersebut.

Jelas Maya dia sama sekali dia tidak menyangka dengan pengiktirafan sebegitu, namun sangat bersyukur lakonannya dalam filem itu memberi impak.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada juri festival itu atas pengiktirafan yang tidak saya jangkakan ini. Mungkin apa yang saya cuba sampaikan dalam filem ini memberi impak kepada juri dan penonton.

“Sejak pertama kali menerima skrip filem itu, ia sudah pun memberi kesan secara peribadi kepada saya. Walaupun tiada nama besar, saya bersetuju untuk membintanginya kerana tertarik dengan watak makcik Fatimah,” katanya.

Dia dalam masa turut mennzahirkan rasa terima kasihnya kepada pengarah dan pihak produksi yang telah memberinya peluang untuk berkarya.

“Terima kasih kepada produksi kerana memberi ruang untuk saya mendalami watak ini mengikut cara saya tersendiri. Dengan pengiktirafan ini, saya lebih bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah dibintangi,” katanya.

Ramsgate International Film & TV Festival adalah festival filem berprestij yang berpusat di Bandar Ramsgate, England.

Festival ini memberi platform kepada pembuat filem bebas dari UK dan antarabangsa untuk berkongsi karya baru kepada orang ramai, pengedar serta memupuk bakat baru.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.