fbpx
Now Reading
Dolla Semakin Mendapat Tempat Di Hati Peminat, MV ‘Dolla Make You Wanna’ Sudah Raih 1 Juta Tontonan

Dolla Semakin Mendapat Tempat Di Hati Peminat, MV ‘Dolla Make You Wanna’ Sudah Raih 1 Juta Tontonan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama kumpulan Dolla, pasti peminat dunia hiburan akan menyamakan mereka dengan kumpulan terkenal antarabangsa Blackpink.

Malah sebelum ini terdapat segelintir yang mengecam 4 gadis cantik ini iaitu Sabrina, Angel, Tabby dan Syasa seolah mereka tiada identiti sendiri sehingga dikatakan 100% meniru gaya Blackpink .

Tidak melatah meskipun diberikan pandangan negatif, mereka kemudian mengeluarkan lagu debut mereka bertajuk Dolla Make You Wanna.

Hasilnya hanya dalam tempoh 4 bulan, Muzik Video(MV) lagu ini sudahpun meraih 1 juta tontonan di Youtube .

Ini pastinya membanggakan kerana mereka sebelum ini dilihat begitu bekerja keras dalam menambat hati peminat . Malah mereka juga tidak hanya menaruhkan rupa paras sebaliknya hadir dengan pakej lengkap baik dari rupa, vokal dan tarian yang mantap.

Bukan itu sahaja, MV mereka turut mendapat perhatian ramai YouTuber dalam dan luar yang tampil memberikan ulasan positif.

Lebih membanggakan banyak kumpulan penari yang membuat video ‘dance cover’ mengikut gerak tari Dolla dalam video muzik itu. Jelas mereka semakin diiktiraf .

Malah ada segelintir sehingga ada yang membuat selain turut membuat video ulasan dengan maklum balas positif berkenaan bakat tarian yang dimiliki.

Dalam pada itu mereka juga bakal menyertai pertandingan “How You Like That” Dance Cover Contest anjuran kumpulan Blackpink.

“Kami berharap video penyertaan kami menari mengikut koreografi lagu terbaharu BLACKPINK ini, berjaya mencuri perhatian peminat muzik di Malaysia dan di luar negara.

“Sekiranya video ini dapat pergi jauh dan dinikmati oleh ramai  orang pun sudah memadai. Semoga peminat muzik di Malaysia sudi menyokong usaha kami ini dengan menonton dan berkongsi video ini dengan rakan-rakan mereka,” kata Dolla.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.