fbpx
Now Reading
“Sampai Tak Cukup Tangan” Hidayah, Isteri Arwah Abam Bersyukur Perniagaan Cempedak Goreng Dapat Sambutan

“Sampai Tak Cukup Tangan” Hidayah, Isteri Arwah Abam Bersyukur Perniagaan Cempedak Goreng Dapat Sambutan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CC29iyEhLy0/https://www.instagram.com/p/CCxWznGhpVr/

Lama tak dengar cerita mengenai Hidayah, isteri Arwah abam Bocey kan?

Terbaru Hidayah atau nama betulnya  Siti Norhidayah Mohd Ali difahamkan ada mengusahakan perniagaaan kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng dan beberapa menu lain di Pekan Sabak Bernam.

Menerusi posting di Instagram, Hidayah turut meluahkan rasa syukurnya kerana perniagaannya itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.

“Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5. Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang dia suka,.

Yang paling penting, “Mengejar rezeki jangan Mengejar jumlahnya tapi kejarlah berkahnya. Terima kasih semua support & beli Cempedak goreng & produk2 keluaran Dayah” tulis Dayah sebagai kapsyen

Memetik Gempak, kedai Dayah tersebut diusahakan bersama adik iparnya.

Semua ini menurutnya dapat dilakukan memandangkan anaknya, Hamzah semakin membesar justeru memudahkan dia untuk bergerak.

“Saya memang suka berniaga. Sejak Hamzah dah besar ni, saya mula berniaga kecil-kecilan dari membuat kuih dan bakal ada pembaharuan di masa akan datang.

“Perniagaan cempedak goreng ini bermula sejak awal bulan tujuh. Saya sendiri turun padang berniaga bersama adik ipar saya. 

“Biasanya kedai buka pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang tapi bergantung pada keadaan juga,” katanya kepada Gempak menerusi satu perbualan whatsapp.

Bersyukur setiap hari jualan habis awal

“Saya jual dengan harga RM2 untuk 4 biji. Alhamdulillah, cempedak goreng saya dapat sambutan sampai tak menang tangan untuk melayan. 

“Baru menggoreng ja terus habis dibeli orang. Syukur, alhamdulillah setiap hari jualan habis sebelum waktunya,” katanya lagi.

Turut keluarkan produk sendiri

Selain dari cempedak goreng Hidayah turut menjual beberapa makanan lain seperti Santan durian, bubur jagung dan banyak lagi.

Dia dalam masa sama turut mengeluarkan produk sendiri seperti Roti Jala Chocolate (tepung instant) .

https://www.instagram.com/p/CCz4SYdhUsr

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.