fbpx
Now Reading
“Nabi Pesan Nak Berhibur Jangan Sampai Berdusta” – PU Amin Tak Setuju Budaya Prank Keterlaluan

“Nabi Pesan Nak Berhibur Jangan Sampai Berdusta” – PU Amin Tak Setuju Budaya Prank Keterlaluan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CC9pyVGnnnL/

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kisah prank yang disifatkan keterlaluan yang dilakukan terhadap seorang gadis dengan memberikan sogokan RM 20,000 hanya untuk menguji sejauh mana kesetiannya terdahap teman lelakinya. .

Isu itu bukan sahaja menarik perhatian netizen malah menjadi topik perdebatan hangat di media sosial.

Ada yang bersetuju video tersebut dilakukan memandangkan terbukti wanita tersebut seorang yang tidak setia dan ada yang tidak bersetuju konten sebegitu dihasilkan kerana ianya diihat mengaibkan.

Malah pendakwab bebas, Dai Nazrin turut tidak bersetuju kerana menurutnya amat tidak wajar berbuat sedemikian hanya kerana ingin menguji kesetiaan pasangan masing-masing.

Terbaru PU Amin pula tampil memberikan pandangannya. Menurut beliau pula budaya prank adalah dilarang dalam agama Islam, walaupun ianyalah lakonan dan bertujuan untuk menarik perhatian orang untuk menontonnya.

“Budaya prank yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka orang adalah dilarang di dalam agama Islam. Walau hanya lakonan dan sekadar menarik orang tengok ia tetap ditegah.

“Jangan mainkan perasaan orang lain. Nabi pesan nak berhibur jangan sampai berdusta. Semoga Allah jaga kita,” kata PU Amin pada entri yang dimuat naik di Instagramnya.

Menerusi satu lagi posting di Instagram mengenai perkara yang sama. PU Amin berkata perbuatan melakukan prank yang melibatkan unsur penipuan dan lakonan sehingga tercetusnya pergaduhan dan pertelingkahan dan boleh memutuskan silaturrahim merupakan perkara yang sangat dilarang dalam Islam.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا..

Nabi Muhammad Saw bersabda, permudahkan jangan menyusahkan, gembirakan jangan mendukacitakan.

“Jaga-jaga dalam berhibur atau menghasilkan content di media sosial kita. Menakutkan orang dengan sesuatu yang direka-reka adalah bencana yang sangat negatif. Pelihara diri kita semua dengan meninggalkan sesuatu yang tidak manfaat bagi kita.

“Ini pesan Rasulullah. Kalau nak jadi ummat yang terbaik janganlah kita lakukan lagi. Berhentilah, memang kita kata itu kejutan tapi ia tetap dilarang dan bukan hiburan yang dibenarkan. Inshaallah semoga kita dapat fahami bersama,” kata PU Amin lagi.

Tambahnya dia hanya menyampaikan pesan Baginda SAW justeru terpulang pada orang ramai sama-ada untuk menerima semua itu atapun menilainya

“Saya hanya menyampaikan , terpulang pada semua untuk menerima dan menilai nya. ❤️ Salam Zulhijjah.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.