fbpx
Now Reading
Ramai Tanya Kenapa Hanya S Pavithra Dapat Ikon Ipoh & Tidak Sugu, Ini Jawapan Majlis Bandaraya Ipoh

Ramai Tanya Kenapa Hanya S Pavithra Dapat Ikon Ipoh & Tidak Sugu, Ini Jawapan Majlis Bandaraya Ipoh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam kecoh media sosial mengenai kes seorang suami youtuber masakan terkenal yang direman selama 3 hari bagi membantu siasatan atas dakwaan mencederakan isterinya dalam satu kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun kelmarin.

Insiden tersebut difahamkan berlalu selepas terbit salah faham antara pasangan berkenaan berkaitan sewaktu satu majlis pengiktirafan di Ipoh yang berlangsung pada Isnin lalu di mana si suami  tidak berpuas hati kerana si isteri tidak menyebut namanya sewaktu menerima anugerah tersebut.

Justeru ramai mengaitkan hal ini dengan duo popular di Youtube iaitu Sugu Pavithra memandangkan S Pavithra baru saja menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh pada isnin lalu.

Kenapa tak anugerahkan dua-dua ?

Disebalik insiden itu timbul persoalan orang ramai, kenapa anugerah tersebut tidak diberikan kepada pasangan suami isteri kerana saluran youtube Sugu Pavithra walaupun banyak mengenengahkan Pavithra namun ianya ada lah hasil usaha kedua mereka.

Datuk Bandar Ipoh yang bertemu Sugu Pavithra pada isnin lalu

Namun persoalan ini akhirna terjawap apabila wakil Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tampil memperjelaskan keadaan.

Anugerah hanya untuk anak Ipoh

Menurut MBI, pengiktirafan ikon Anak Bandaraya Ipoh hanya diberikan kepada S. Pavithra dan ianya sebenarnya tidak berkaitan dengan suaminya Sugu.

Memetik Gempak, Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd. Syahrizal Azmi berkata ini kerana status ikon itu hanya boleh diberikan kepada anak kelahiran Ipoh, Perak sahaja.

“Pengiktirafan tersebut hanya diberikan kepada Pavithra seorang sahaja kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh.
 
“Ia sebagai satu bentuk penghargaan yang diberikan MBI atas jasa dan pencapaiannya selama ini.

Sugu bukan berasal dari Ipoh

“Manakala suaminya, Sugu bukan asal Ipoh, sebaliknya, berasal dari Sungai Siput, Kuala Kangsar,” jelasnya kepada Gempak.

Diringkaskan, penganugerahan status ikon tersebut hanya  melibatkan penerima individu sahaja dan bukannya untuk ‘Sugu Pavithra’ ,iaitu jenama saluran YouTube mereka.

Namun pada kami, apa sahaja yang berlaku didalam rumahtangga mereka, biarlah mereka sendiri yang menyelesaikannya.

Kita selaku orang luar yang hanya mendengar dari jauh tidak seharusnya memberikan apa-apa pandangan apatah lagi terus menghukum mana-mana pihak.

Kami doakan semuanya baik-baik sahaja buat pasangan ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.