fbpx
Now Reading
Tunai Janji, Achey Langsaikan Hutang Kerja Arwah Abam

Tunai Janji, Achey Langsaikan Hutang Kerja Arwah Abam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemergian Allahyarham Abam Bocey beberapa bulan lalu pastinya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dua sahabat baiknya, iaitu Achey dan Fad Bocey.

Sebagai sahabat baik , mereka berdua kemudian berpakat untuk menyempurnakan segala hutang kerja arwah yang tergendala secara percuma dimana segala bayaran akan diserahkan keluarga Arwah terutamanya buat balunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali  dan anak tunggal mereka, Hamzah.

Terbaru Achey difahamkan sudah berjaya menyelesaikan kerja arwah yang tergendala secara sukarela dan percuma malah mendapat maklum balas yang positif dari pelanggannya.

“Ada dua ‘review’ menerusi laman Instagram yang dilakukan bagi pihak arwah. Ia membabitkan produk kurus yang kurang sesuai untuk saya, memandangkan saya sememangnya kurus. Jadi, saya lakukannya bersama isteri. Alhamdulillah, tontonan agak tinggi.

“Satu lagi membabit produk minuman dan saya dapat maklum balas yang baik hingga peniaga terpaksa menyuruh saya memadamkan entri kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

“Saya rasa puas dapat membantu dan memberi impak pada peniaga,” katanya.

Dia dan Fad akan bangunkan saluran Youtube Bocey

Bercerita mengenai Bocey, Achey turut menyatakan yang Fad ketika ini sedang membangunkan akaun YouTube untuk kumpulan mereka demi mengembangkan lagi nama Bocey

“Fad sedang membangunkan saluran YouTube. Dalam masa sama, kami merangka perjalanan dan pengisian dalam saluran berkenaan. Menerusi program yang dirancang, ada bahagian untuk arwah dan disalurkan buat keluarganya.

“Insya-Allah, ada penyokong atau tidak, kami akan meneruskan perjuangan Bocey,” katanya.

Turut bantu Hidayah dari segi promosi perniagaannya

Dalam pada itu dia turut membantu Nurhidayah yang kini sudah mula menjalankan perniagaan cempedak gorengnya di Sabak Bernam

“Saya dan isteri akan berhubung dengan Nurhidayah, setiap minggu. Ada kala saya akan menyertai sesi live yang dilakukan untuk menjadikan perniagaannya mendapat perhatian.

“Sekarang, Nurhidayah berniaga cempedak goreng, durian dan buah-buahan. Saya akan bantu apa yang boleh dibantu dari segi promosi.

“Bagaimanapun, saya tidak hanya mengambil berat mengenai isteri dan anak, malah sering menghubungi keluarga arwah seperti ibu serta adiknya, Ali Puteh,” katanya kepada BH

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.