fbpx
Now Reading
Gara-gara ‘Makcik Gelang Pink’, Kedai Ini Alami Kerugian Hilang Pelanggan, Makanan Terbuang

Gara-gara ‘Makcik Gelang Pink’, Kedai Ini Alami Kerugian Hilang Pelanggan, Makanan Terbuang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/pokokbelacanipoh/posts/1888055897999717

Siapa sangka, hanya kerana isu makcik gelang pink, sebuah kedai makan di Ipoh mengalami kerugian kerana tidak dikunjungi pelanggan .

Mohd Khirul Adnan Hamid pemilik Restoran Pokok Belacan yang terletak di di Jalan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, Ipoh meluahkan rasa kecewanya selepas ada pihak menuduh premis makanannya merupakan kafe yang dikunjungi makcik tersebut tempoh hari

Menerus terbaharu di laman Facebook mereka, Khirul telah berkongsi dua foto yang memperlihatkan hidangan lauk-pauk yang tidak habis dijual kerana menjadi mangsa tuduhan berkenaan.

“Saya nak kemas kedai dah… Hari ini bukan rezeki saya.

“Kita cuba cari rezeki esok pulak.. Aku sayang korang semua tau.. Jangan tinggalkan sy seorg” tulis di lama Facebook tersebut.

Difahahamkan semuanya gara-gara  tersebar satu satu mesej di Whatsapp yang menyenaraikan 3 lokasi kedai yang pernah dikunjungi makcik tersebut termasuklah kedainya

Disebabkan mesej tersebut hasil jualan makanan di kedainya jatuh sehingga 80 peratus setiap hari.

“Hasil jualan makanan jatuh 80 peratus setiap sejak semalam. Malah, pelanggan tetap juga tidak lagi berkunjung ke restoran saya.

“Biasanya beratus pelanggan sehari, namun, hari ini ramai takut nak datang makan sebab mesej tular berkenaan. Padahal bukan salah saya, dan bukan restoran saya pun,” katanya kepada Astro Awani.

Tambah Khirul bukan hanya dia, malah banyak premis di Bandar Meru turut terkesan dengan kejadian tersebut.

“Mesej itu tular di Kumpulan Whatsapp, nama restoran saya disebut agar jangan dikunjungi. Rakan-rakan saya yang berniaga di kedai makan juga terkesan. 

“Ia memberi kesan kepada peniaga lain juga yang dekat dengan Restoran Pokok Belacan. Ada yang tak nak hantar anak tuisyen yang ada dekat-dekat sini. Fitnah ini teruk dan libatkan umum,” ujarnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.