fbpx
Now Reading
Instagram Perkenalkan ‘Reels’ , Bakal Saingi Tiktok

Instagram Perkenalkan ‘Reels’ , Bakal Saingi Tiktok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya selepas memberikan TikTok ruang untuk ‘bernafas’ untuk satu tempoh yang panjang, Instagram dilaporkan bakal memperkenalkan ciri baru dengan fungsi menyamai Tiktok

Difahamkan ciri perkongsian video yang diberi nama Reels itu akan diperkenalkan kepada pengguna di Amerika Syarikat serta 50 negara lain pada seawal Ogos ini.

Kehadiran Reels dijangka menganggu pasaran Tiktok apatah lagi aplikasi dari China itu sudahpun kehilangan ramai pengguna selepas India mengharamkan aplikasi berkenaan .Malah Amerika juga dijangka melakukan perkara sama dalam masa terdekat.

Secara ringkasnya Reels akan membolehkan penggunanya merakam video dengan durasi 15 saat dan menyuntingnya dengan muzik dan audio pilihan sebelum ianya dikongsikan ke Insta Story mereka.

Selain Instagram yang dimiliki Facebook, YouTube juga sedang membangunkan aplikasi dengan ciri sama yang diberi nama Shorts

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.