fbpx

Kakak Vivy Yusof Didakwa Pecah Amanah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kakak kepada usahawan fesyen terkenal, Datin Vivy Yusof semalam dilaporkan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas berdepan pertuduhan pecah amanah wang milik sebuah syarikat sebanyak RM200,000

Memetik Kosmo Online, kakaknya Intan Safina Yusof bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan Intan Safina, 40 tahun selaku seorang pengarah di Syarikat Arena Abadi Sdn. Bhd. yang diamanahkan dengan wang  RM200,000 telah memindahkan wang itu dalam ke akaun Public Bank miliknya dari akaun syarikat berkenaan bagi kegunaan diri sendiri dan melanggar arahan undang-undang yang menetapkan cara bagaimana amanah itu disempurnakan.

Menerusi kertas pertuduhan kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Tun Sambathan 3, Brickfields di antara 25 Januari hingga 28 Februari 2019 lalu dan dia bakal berdepan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan, jika bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub menawarkan jumlah jaminan RM50,000 terhadap tertuduh namun peguam Diar Isda Yazmin Ismail yang mewakili tetuduh memohon jumlah ikat jamin yang rendah dengan alasan tertuduh tidak bekerja.

“Anak guam saya merupakan ibu empat orang anak berusia tiga hingga 14 tahun dan selepas kejadian tertuduh sudah tidak bekerja. Suaminya pula bekerja dalam sektor pelancongan yang mana pada waktu sekarang sektor ini mengalami kesulitan ekoran pandemik,” katanya.

Sabariah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin selain pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selepas mendengar permohonan dari kedua-dua belah pihak.

Sebutan kes ditetapkan 24 Ogos depan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.