“Kalau Usaha Kita Pasti Boleh” – Sofyank Kongsi Video 10 Tahun Lalu, Buktikan Latihan Berterusan & Usaha Tangga Kejayaan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja nama Sofyank, pasti semua mengenali anak muda yang digelar Zach King Malaysia ini.
Namanya bukan sahaja gah, malah video suntingan Sofyank atau nama betulnya Mohamad Sofian cukup dikagumi penggemar dunia efek di Malaysi.
Atas usaha dan semangatnya Sofyank bukan sahaja berjaya menarik perhatian idolanya iaitu Zach King malah dia sendiri pernah berpeluang berkolaborasi bersama pelakon terkenal Hollywood, Will Smith menghasilkan teaser pendek bagi filem lakonan bintang tersebut iaitu Gemini.
Terbaru menerusi Twitter, Sofyank telah berkongsi video suntingan yang pernah di hasilkan 10 tahun dahulu sewaktu dia masih lagi di alam persekolah.
Berbekalkan laptop milik kakaknya yang dapat digunakan 2 kali sebulan sewaktu kakaknya yang tinggal di kampus pulang kerumah, anak muda ini jelas tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan menimba ilmu dalam dunia efek yang begitu diminatinya.
Jelas berbeza dari kualiti yang dihasilkannya kini, namun menerusi perkongsian tersebut, pemuda kelahiran Kelantan ini lebih kepada cuba membuktikan apa yang mampu dicapai seseorang sekiranya mereka sentiasa berusaha dan berlatih didalam bidang yang mereka minati.
“Video 10 tahun lepas..Masa ni belum ada phone, jadi semua video akan shoot guna webcam, kemudian edit guna after effects.
Bagi sound fx pula kalau tak sempat pergi cybercafe, saya akan buat manual guna mulut dan ubah speed utk jadi suara chipmunk” tulis Sofyank
Perkongsian ini dimuatnaik difahamkan berhubung rayuan YB Syed Saddiq yang merayu kerajaan mengkaji semula akta mengenai lesen FINAS bagi kebaikan anak muda.
Ianya bagaimanapun sudah diperjelaskan dan disahkan Menteri Komunikasi & Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah pada petang Jumaat 24 Julai 2020 bahawa penggiat seni di media sosial tidak perlu memohon sebarang lesen dari FINAS.
Sy start edit video masa berumur 14 tahun,rekod video guna camera drpd laptop(webcam), masa tu hanya boleh pakai laptop 2 kali sebulan sbb tggu kakak pulang drpd universiti.. simpan duit belanja sekolah Rm2(sejam) utk pergi ke cyber cafe sebab nk download tutorial drpd youtube https://t.co/VqdlOcopHx
— sofyank96 (@sofyank96) July 23, 2020
itu bukan sahaja mematahkan semangat kami(content creator) malah mungkin menguburkan terus kreativiti drpd anak2 muda yg baru berjinak dgn bidang editing dan video creator. sy berharap sgt peluang utk anak muda utk meluaskan lg kreativiti mereka tidak dihancurkan ditengah jalan..
— sofyank96 (@sofyank96) July 23, 2020
Jelas latihan, dan usaha yang dilakukan Sofyank pada masa dahulu telah membuahkan hasil. Bukan itu sahaja dia juga berjaya membuka mata bahawa kanak-kanak yang suatu masa dahulu hanya mampu menggunakan komputer 2 bulan sekali mampu menghasilkan video dengan kualiti sedemikian.