Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Nampaknya Honda City 2020 bakal tiba di Malaysia lebih awal dari jangkaan orang ramai, semuanya gara-gara teaser image yang dikongsikan Honda Malaysia di laman Facebook mereka pada jumaat pagi.
Menerusi posting sama mereka turut memuat naik kapsyen yang jelas ditujukan kepada pesaing utama mereka bagi pasaran tempatan mereka, iaitu Toyota Vios : ““The game will no longer be the same. Watch this space “
Menerusi poster teaser tersebut, jelas satu warna yang bakal memasuki malaysia pastinya merah bukan?
Namun begitu setakat ini tiada info lanjut mengenai powertrain, samaada kita bakal membawa masuk 1.0liter 3–silinder VTEC Turbo seperti Thailand atau enjin 1.5 liter DOHC baru seperti di India ataupun enjin sama 1.5 Liter SOHC.
Apa pun status mereka, teaser tersebut sudah cukup membuat orang ramai terutama peminat Honda City tidak senang duduk malah ramai ternanti-nanti bila ia akan dilancarkan.