fbpx
Now Reading
Rasmi, Pengguna Media Sosial Tak Perlu Lesen Finas

Rasmi, Pengguna Media Sosial Tak Perlu Lesen Finas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak sampai 24 jam selepas isu lesen finas yang hangat diperkatakan di media sosial, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini, 24 Julai 2020 telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa penggunaaan aplikasi media sosial tidak memerlukan sebarang lesen dari FINAS.

Ini bemakna pengguna media sosial merangkumi Youtube, TikTok , Instagram sebagainya adalah bebas dalam menghasilkan atau berkongsi sebarang konten mereka di laman media sosial masing-masing.

Menerusi kenyataan sama, kerajaan menegaskan pendirian mereka untuk mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial.

Dalam masa sama, kenyataan yang ditandatangani Menteri Komunikasi & Multimedia , Dato’ Saifuddin Abdullah turut memaklumkan bahawa Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) akan dipinda bagi disesuaikan dengan keadaan semasa.

Menurut Dato Saifuddin, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) akan dipinda bagi disesuaikan dengan keadaan semasa.

Semalam Akta 244 menimbulkan kerisauan penggiat seni dan pengguna media sosial ia mentakrifkan filem ialah semua bentuk penghasilan imej bergerak yang dirakam untuk tontonan umum perlu mendapat lesen dari pihak FINAS terlebih dahulu.

Justeru pengumuman baru ini pasti akan melegakan selain menghilangkan kerisauan di kalangan content creator yang tidak mampu memohon yuran lesen yang tinggi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.