fbpx
Now Reading
Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir Akan Diusir Dari Malaysia

Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir Akan Diusir Dari Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila menuduh pihak berkuasa Malaysia melayan pendatang tanpa izin umpama haiwan semasa negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diusir keluar selepas ini.

Bukan itu sahaja dia juga akan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Datuk Khairul Dzaimee Daud susulan penahanan lelaki dikehendaki terbabit oleh pasukan risikan . JIM

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat atas usaha dan komitmen mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Md Rayhan difahamkan berjaya diberkas oleh sepasukan Pegawai Imigresen daripada Unit Risikan Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya di Jalan Pahang, Setapak kira-kira 5.45 petang semalam.

Jabatan Imigresen sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek berusia 25 tahun itu, kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis pada pukul 6 petang tadi.

Terdahulu dakwaan yang keluarkan warga Bangladesh sewaktu ditemuramah agensi berita antarabangsa Al Jazeera untuk satu dokumentari bertajuk Locked Up In Malaysia’s Lockdown menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Susulan dari itu PDRM turut memulakan siasatan terhadap stesen penyiaran antarabangsa itu selepas penyiaran dokumentari berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.