fbpx
Now Reading
Demi Saham Akhirat, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Bakal Bina Masjid Di Johor

Demi Saham Akhirat, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Bakal Bina Masjid Di Johor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan selebriti , Aeril Zafrel dan Wawa Zainal difahamkan akan membina sebuah masjid di kampung halaman aktor itu di Johor, tidak lama lagi.

Menurut Aeril atau nama betulnya Suhairil Sunari, masjid yang memuatkan 700 orang itu akan dibina menggunakan duit keuntungan produk terbaharu, Muslim Bukhari yang dikeluarkan syarikat miliknya, Wawa Cosmetic.

“Idea ini datangnya daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad mengenai ganjaran di akhirat bagi individu yang mempunyai wang lebih, maka binalah masjid. 

“Jadi Wawa cadangkan kepada saya dan kami sebelum itu ada bercadang untuk membina banglo di Bangi. Tapi Wawa kata tak mengapa perancangan rumah itu boleh ditangguhkan dulu sebab kami sudah ada rumah.

“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung di Rengit dan pihak mereka bersetuju untuk membinanya dengan kos pembinaan sebanyak RM1.2 juta, yang mana kesemua duit itu dikumpul melalui hasil keuntungan  produk berkenaan,” jelas Aeril kepada media selepas pelancaran di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Setiap pembeli produk adalah penyumbang dana pembinaan masjida

Tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau bersikap riak , Aeril menjelaskan tujuan mereka berkongsi perancangan ini lebih kepada berkongsi perkara positif dengan peminat sebagai usaha mengumpul saham akhirat bersama-sama.

“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana pembinaan masjid yang dirancang, dan bukan hanya nama saya atau Wawa sahaja.

“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik ia habis dijual.

“Jika produk ini mendapat sambutan dan habis dijual, maka dana yang diperlukan untuk membina masjid sudah lebih daripada cukup,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.