Mungkin Bersyukur Dapat Ihsan Manusia, Kucing Kelaparan Ini Menangis Sewaktu Menjamah Makanan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebelakangan ini kita kerap terdengar kes penyiksaan haiwan terutamanya kucing jalanan oleh segelintir individidu tidak bertanggungjawab.
Buat pencinta haiwan situasi begini sememangnya menyedihkan apabila mengetahui kejadian kejam ini berlaku di dalam negara .
Lebih menimbulkan kemarahan, mereka seolah-olah tidak takut pada hukuman yang akan dikenakan apabila berterusan menyiksa haiwan yang tidak berdosa ini.
Bukan sahaja berdepan bahaya, kucing jalanan juga sebenarnya sukar untuk mendapatkan makanan. Ada yang hanya makan sekali sehari, lebih teruk lagi ada yang kelaparan berhari-hari lamanya.
Seorang pengguna Facebook, Balinda Arifin telah berkongsi satu kisah sedih sewaktu dia sedang memberikan makanan kepada seekor kucing jalanan yang pertama kali ditemuinya.
Menurutnya kucing tersebut dilihat mengalirkan air mata sewaktu sedang menjamah makanan yang disediakan, berkemungkinan sudah berhari-hari ia dalam keadaan kelaparan.
Tidak dapat mengawal emosi, Balinda serta suaminya turut menangis apabila melihat kelakuan kucing tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya berterima kasih kepada wanita berkenaan dan suaminya.
Ramai yang turut mendoakan agar Balinda dan keluarga dilimpah rezekinya agar dapan membantu lebih banyak kucing-kucing jalanan.