fbpx
Now Reading
Akhirnya Terjawab, Ini Punca Sugu Pavithra Padam Semua Video Di Saluran Youtube

Akhirnya Terjawab, Ini Punca Sugu Pavithra Padam Semua Video Di Saluran Youtube

Apa sahaja keputusan mereka, haruslah kita hormati .

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dua hari lalu kecoh di kalangan netizen apabila pasangan Youtuber sensasi Sugu Pavithra membuang kesemua video yang terdapat di dalam saluran Youtube mereka.

Ada yang berpendapat mereka hanya menukar tetapan privasi pada video mereka namun ramai berpendapat pasangan ini sememangnya telah pun memadam kesemua konten mereka a ekoran dari apa yang berlaku baru-baru ini.

Meskipun tidak diketahui punca tindakan tersebut diambil, namun ramai yang meluahkan rasa sedih kerana mereka kini tidak lagi berpeluang untuk menonton video masakan yang dihasilkan oleh pasangan berkenaan terutamanya aksi Pavithra yang bersahaja .

Terbaru, memetik Sinar Harian S Pavithra dan M Sugu menjelaskan mereka tidak mahu mempunyai kaitan lagi dengan YouTube.

Menurut mereka mereka berdua telah mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum.

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.

“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” kata Sugu kepada Sinar Harian

Pavithra sewaktu menerima gaji pertama dari Google

Dia saat diajukan soalan mengenai perancangan masa hadapan bagaimanapun menjelaskan perkara itu belum difikirkan lagi.

Dalam pada itu Ibu Sugu, G Rajeswari, 55, ketika ditemui berdoa agar hubungan menantu dan anaknya dalam keadaan baik memandangkan banyak perkara yang telah di tempuh mereka dalam masa terdekat ini.

Pada pendapat kami, jelas pasangan ini memerlukan masa untuk bersendirian, kita sebagai orang luar seeolokny hindarilah dari menggunakan kata-kata yang boleh melukakan mana-mana pihak apatah lagi mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.