fbpx
Now Reading
Gara-gara Tak Siap Kerja Sekolah, Remaja Dihukum Penjara 6 Bulan

Gara-gara Tak Siap Kerja Sekolah, Remaja Dihukum Penjara 6 Bulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka hanya disebabkan gagal menyiapkan kerja sekolah online dan keengganan ke sekolah, seorang remaja wanita dari Detroit, Michigan dikenakan hukuman penjara 6 bulan.

Hanya dikenali sebagai Grace, remaja berumur 15 tahun dari Sekolah Tinggi Groves ini sudahpun berdepan hukuman kerana kesalahan mencederakan dan mencuri  dimana dia didakwa menggigit dan menarik rambut ibunya dengan sengaja selain kesalahan mencuri telefon bimbit

Difahamkan kesalahan itu Hakim Daerah Oakland , Mary Ellan Brennnn memutuskan untuk menahannya sebagai tahanan juvana untuk tempoh percubaan selama tiga bulan sehingga April lalu dengan syarat yang ketat.

Syarat yang dimaksudkan adalah dia perlu menyiapkan segala tugasan kerja sekolah yang diberi selain diwajibkan hadir kesekolah, namun tidak sampai dua minggu menjalani hukuman dia sudahpun melanggar arahan dengan tidak menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan.

Lebih parah apabila dia dilaporkan mengingkari arahan kedua iaitu perlu hadir ke sekolah sepanjang menjalani hukuman.

Susulan dari itu, tempoh penahanannya ditambah lagi 3 bulan menjadikan keseluruhan hukumannya kini kepada enam bulan.

Ini menimbulkan protes dikalangan penduduk disana memandangkan hukuman tersebut dilihat keterlaluan memandangkan dia hanya gagal menyiapkan kerja sekolah

Namun memetik Metro UK, Hakim menjelaskan hukuman tersebut dilaksanakana memandangkan mereka merasakan gadis tersebut adalah satu ancaman kepada ibunya justeru mereka berkeputusan menyambung tempoh penahanan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.