
Dr Noor Hisham Luah Rasa Kecewa Ramai Pengunjung Di Luar Mahkamah Kuala Lumpur Tidak Patuhi SOP
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini meluahkan rasa kecewanya selepas tular foto kumpulan orang ramai yang berhimpun di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dilihat tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dalam menangani penularan wabak Covid-19.
“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri.
“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia patuh kepada SOP (prosedur operasi standard) untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan,” tulisnya di Twitter.
Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan. Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 28, 2020
Reaksi beliau turut menarik perhatian netizen yang dilihat berang dengan tindakan segelintir pengunjung tersebut yang terdiri dari penyokong bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.
Politik tu politik la juga. Harap YB @IsmailSabri60 dan @DGHisham tegur sikit mereka yang tak ikut SOP KKM dan tak amalkan social distancing di Mahkamah KL pagi ini pic.twitter.com/RLEJ3rFLsK
— Asrul Muzaffar🇲🇾 (@asrulmm) July 28, 2020
PDRM akan kompaun penyokong degil
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy dalam satu kenyataan berkata pihak tidak teragak-agak untuk memberikan kompaun kepada penyokong Najib yang masih berdegil dan gagal mematuhi SOP yang ditetapkan
Namun jumlah mereka dilihat semakin berkurangan menurutnya mungkin disebabkan faktor cuaca.
“Awalnya mereka tidak mengendahkan arahan polis, tetapi selepas berulang arahan diberikan, mereka mula patuh,” katanya kepada media.
“Seramai 200 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul terbabit dalam mengawal keadaan di sekitar kompleks mahkamah.
“Sebanyak dua sekatan jalan raya juga dilaksanakan di laluan masuk mahkamah,” katanya.
Dia dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP walaupun selepas Najib selesai dari mahkamah.
“Kita tidak mahu wujud kluster baru di sini (mahkamah).
“Kita juga tidak mahu ambil tindakan drastik kerana tidak mahu dilihat sebagai pencetus provokasi sebab itu kita amal nasihat tetapi tegas,” katanya.