fbpx
Now Reading
Google Tak Benarkan Pekerjanya Datang Ke Pejabat Sehingga Jun 2021

Google Tak Benarkan Pekerjanya Datang Ke Pejabat Sehingga Jun 2021

Lagi setahun tu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak Covid-19 bukan sahaja mengancam kesihatan dan nyawa manusia, malah ia turut mengubah cara dan gaya hidup penduduk dunia termasuk di negara kita.

Malah budaya kerja yang sebelum ini rata-rata dilakukan di pejabat kini terpaksa diubah dimana kesemuanya dilakukan dari rumah.

Terbaru, syarikat gergasi Google meraih perhatian ramai apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) , Sundar Pichai memaklumkan kepada kesemua pekerjanya bahawa mereka tidak lagi perlu ke pejabat sehingga penghujung musim summer, Jun 2021.

Pemakluman tersebut yang dihantar menerusi satu notis membabitkan 200,000 kakitangan merangkumi pekerja tetap dan pekerja kontrak di bawah syarikat induk mereka, Alphabet Inc sebagai peluang untuk mereka menjaga diri dan hubungan dengan keluarga mereka

Foto : CNBC

Keputusan ini difahamkan diputuskan selepas perbincangan Pichai bersama kumpulan Google Leads , kumpulan dalaman yang terdiri dari eksekutif berpangkat tinggi Google pada minggu lalu.

“Saya tahu ini tidak mudah. Saya harap notis ini akan memberikan anda fleksibiliti yang diperlukan untuk mengimbangkan kehidupan kerja dan menjaga diri serta orang yang anda sayangi untuk tempoh 12 bulan mendatang,”

Dengan notis ini kesemua pekerja mereka dari serata dunia termasuk di ibu pejabat,  Mountain View, California dan pejabat lain yang terletak di seluruh Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Brazil dan semua lokasi di dunia akan terus bekerja untuk satu tempoh masa yang cukup lama.

Selain Google beberapa syarikat gergasi IT lain seperti Facebook, Twitter juga sudah berbuat perkara yang sama dengan meminta pekerja mereka bekerja di rumah sekurang-kurangnya sehingga awal tahun hadapan.

Syarikat lain seperti Microsoft juga sedang mempertimbangkan perkara sama dan ketika ini masih mengekalkan budaya kerja dari rumah .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.