fbpx
Now Reading
Azmin Optimis Kerjasama Asean-Jepun Mampu Jana Ekonomi Malaysia

Azmin Optimis Kerjasama Asean-Jepun Mampu Jana Ekonomi Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato Seri Mohamed Azmin Bin Ali hari ini telah mengetuai delegasi negara untuk Persidangan Video Menteri-Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (VMRT) bersama Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Hiroshi Kajiyama dan negara ASEAN

Menerusi Twitter, Azmin berkongsi secara ringkas intipati sewaktu perbincangan tersebut antaranya keupayaan e-dagang serta usaha kerajaan untuk menerajui transformasi digital di rantau Asia Tenggara.

Dalam pada itu Azmin sewaktu persidangan tersebut turut berkongsi pengalaman dan langkah yang digunakan kerajaan Malaysia dalam memerangi kesan sosio-ekonomi penularan COVID-19 diantaranya Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah membantu puluhan juta rakyat Malaysia yang terkesan.

Tambahnya lagi, penggunaan aplikasi digital dalam dunia perniagaan dan E-dagang yang semakin meluas akan turut membantu menyegerakan pemulihan ekonomi.

“E-Dadang sudah menjadi normal baharu. Kami yakin ini akan merancakkan aktiviti pembelian secara atas talian dan penggunaan aplikasi digital dalam perniagaan”

Jelas Azmin dia optimis pelan yang dirangka kementeriannya serta kerjasama menerusi ASEAN dengan Jepun akan menggiatkan kembali ekonomi selepas pasca Covid-19.

Dalam pada itu mengulas mengenai vaksin, Azmin sekali lagi menggesa kesemua negara Asean untuk bekerjasama dalam mendapatkan vaksin bagi meningkatkan peluang bekalannya tersedia di rantau ini.

Terdahulu Azmin dan MITI sedang mengintai peluang untuk membawa masuk pelaburan dari Jepun selepas kerajaan mereka mengumumkan pakej rangsangan AS$2.2 bilion bagi memindahkan operasi dari China ke rantau ASEAN.

Dalam masa sama hasil dari persidangan VMRT kalangan negara APEC baru-baru ini Malaysia sedang merangka kerjasama ekonomi membabitkan New Zealand-Singapura-Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.