fbpx
Now Reading
Padah Beli Lamborghini & Berfoya-foya Guna Dana Covid-19, Lelaki Ini Akhirnya Ditangkap

Padah Beli Lamborghini & Berfoya-foya Guna Dana Covid-19, Lelaki Ini Akhirnya Ditangkap

Tiada yang pelik di Amerika Syarikat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak Covid-19 benar-benar memberi kesan kepada seluruh penduduk dunia, baik dari kesihatan, nyawa juga pada ekonomi seseorang.

Justeru banyak kerajaan di dunia mengambil inisiatif mengumumkan pakej rangsangan bagi membantu rakyat mereka mengharungi keadaan yang mencabar ini. Tidak terkecuali negara Amerika Syarikat.

Namun disebalik bantuan yang dihulurkan tersebut, seorang lelaki dari Miami, Florida didakwa atas penipuan dan membuat permohonan palsu untuk satu Program Perlindungan Gaji (PPP) bagi membantu para majikan membayar gaji pekerja mereka susulan dari penularan Covid-19.

Yang lebih dahsyatnya, dia menggunakan wang tersebut untuk membeli kereta mewah jenis Lamborghini Huracan dan sebahagian darinya di butik-butik mewah di Miami sedangkan dia seharusnya menggunakan wang tersebut untuk membayar pekerjanya.

Foto : U.S. Attorney’s Office/Federal Court Exhibit via heavy.com

Tidak berhenti disitu dia turut menaburkan sedikit wangnya di laman web temu janji dan resort-resort mewah di sekitar pantai Miami.

Memetik CBSNews, Hines sebelum ini sudahpun memohon $13.5 Juta Pinjaman menerusi beberapa syarikat namun hanya lulus $3.9 Juta dari amaun tersebut.

“Hines yang sepatutnya menggunakan wang PPP untuk membayar gaji bagaimanapun telah menggunakan duit tersebut untuk perbelanjaannya sendiri di laman web temu janji, butik baju dan perhiasan mewah, dan resort dia pantai Miami” tulis pada kertas pertuduhan tersebut

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.