fbpx
Now Reading
Gara-gara Tak Pakai Mask, Polis Tahan Kambing Di India

Gara-gara Tak Pakai Mask, Polis Tahan Kambing Di India

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Percaya atau tidak , di India seekor kambing telah ‘ditahan’ hanya kerana tidak menggunakan pelitup muka.

Bukan itu sahaja, kambing tersebut turut di bawa ke balai menggunakap jeep milik pasukan polis di sana.

Kejadian aneh yang berlaku di Beconganj, Kanpur itu kemudiannya memaksa pemilik kambing untuk ke balai untuk menebus kambingnya kembali. Difahamkan dia kemudian diberikan amaran agar tidak membiarkan haiwan ternakannya itu berkeliaran

Polis kemudiannya menjelaskan mereka pada mulanya mahu menangkap seorang remaja yang tidak memakai pelitup muka bersama kambing terbabit, namun dia bertindak melarikan diri selepas polis cuba menghampirinya.

“Dia bertindak melarikan diri sejurus melihat pihak berkuasa dan meninggalkan kambing tersebut. Polis kemudiannya ‘menahan’ haiwan itu,” kata jurucakap balai polis Anwarganj.

Foto : Sinar Harian/ Agensi

Salah seorang anggota polis yang terlibat dalam operasi itu mendakwa kambing tersebut telah melanggar perintah lockdown kerana tidak memakai pelitup muka.

“Ramai orang kini memakaikan pelitup muka pada anjing mereka. Jadi, mengapa tidak kambing juga berbuat demikian?” ujarnya.

Kejadian aneh itu kemudiannya menjadi bahan jenaka oleh netizen mereka di media sosial.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.