fbpx
Now Reading
Ini Cara Tebus Kredit RM50 ePENJANA Bermula 31 Julai 2020

Ini Cara Tebus Kredit RM50 ePENJANA Bermula 31 Julai 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kewangan,  Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi telah mengumumkan  bermula esok, 31 Julai 2020 rakyat Malaysia yang layak akan mula menerima RM50 kredit e-Penjana yang dijanjikan kerajaan sebelum ini.

Mereka yang dikategorikan layak bagi pemberian ini adalah :

  • Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  • Berpendapatan kurang dari RM100k setahun

Kami yakin ramai diantara anda yang layak memohon memandangkan inisiatif ini ditujukan khas untuk golongan b40 dan m40.

Untuk menebusnya mudah sahaja anda hanya perlu melakukan beberapa perkara seperti di bawah :

Cara menebus kredit e-Penjana :

#1 Muat turun MySejahtera
Memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera. Pastikan maklumat yang anda masukkan berserta no telefon anda adalah tepat.

#2 Muat turun salah satu dari 3 aplikasi e-wallet rasmi e-PENJANA
Muat turun dan daftar pada salah satu dari 3 aplikasi e-wallet rasmi e-PENJANA iaitu, Touch ‘n Go eWallet, GrabPay dan Boost. Pastikan akaun sudah mendapat verifikasi (verified) dari aplikasi e-dompet yang anda pilih.


Buat mereka yang sudah mempunyai aplikasi e-Wallet diatas, pastikan ianya sudah dikemaskini. Bagi GrabPay : (iOS : v5.107.1) (Android : 5.107.0 ke atas)

#3 Buat tebusan menerusi aplikasi e-wallet anda
Anda boleh menebus wang tersebut menerusi 3 aplikasi e-wallet ini bermula esok 31 Julai 2020 sehingga 24 September 2020.

Sebagai contoh kami akan menggunakan aplikasi Grab :

#3.1 Tekan claim now sekiranya aplikasi anda up to date.

#3.2 Tunggu dalam masa beberapa jam atau maksimum 5 hari

Dah dapatkan??

Namun satu perkara yang harus diingatkan kesemua kredit ini perlulah digunakan pada 30 September 2020 atau sebelumnya.

Tarikh Memohon : 31 Julai 2020 – 24 September 2020
Perlu diguna : Pada atau sebelum 30 September 2020

Selain dari RM 50 tersebut anda juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 ( bermakna RM50 + RM 50) dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen.

Jadi dimana boleh guna e-wallet ini ?

Kredit ini boleh digunakan disemua kedai/perniagaan yang menerima pembayaran menerusi e-wallet yang anda pilih :

Bagi peniaga dan peruncit pula anda perlu menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet berkenaan untuk mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga e-Penjana berjalan lancar di premis mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.