fbpx
Now Reading
“Tiada Dalil Haram Makan Haiwan Korban Kerana Kasihan” – PU Azman

“Tiada Dalil Haram Makan Haiwan Korban Kerana Kasihan” – PU Azman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CDQoNGxpMTz/

Pendakwah bebas dan pengacara terkenal, Pencetus Ummah (PU) Azman baru-baru berkongsi di laman instagramnya bahawa tiada dalil dalam al-Quran yang menyatakan haram untuk memakan daging korban bagi mereka yang berasa kasihan ketika melihat proses penyembelihannya

Menurut beliau , kenyataan itu adalah karut, malah khurafat untuk dipercayai.

“Kenyataan karut dan khurafat, ‘sesiapa yang sedih atau kesian lihat haiwan korban kene sembelih, maka dia tak boleh atau haram memakam dagingnya’

“Kenyataan itu tiada dalilnya dalam al-Quran atau as-Sunnah,” katanya.

Dalam masa sama, PU Azman atau lebih mesra dengan panggilan Cik Man turut menjelaskan daging korban itu halal dimakan jika ia cukup syarat sembelihan.

“Cukup syarat sembelihan pada orang dan haiwan, maka halal makan.

“Apa yang Allah dan halalkan dengan dalil yang sohih dan jelas, jangan haramkan dengan sentimen dan emosi buatan manusia.

“Kecuali kalau yang kena sembelih tu harimau,” jelasnya dengan nada berseloroh .

Perkara ini dikongsikan dipercayai bersempena menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih kepada Cik Man memandangkan mereka sebelum ini turut mempercayai perkara tersebut .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.