fbpx
Now Reading
5 Mitos Teknologi Yang Banyak Manusia Masih Percaya

5 Mitos Teknologi Yang Banyak Manusia Masih Percaya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rasanya semua pasti bersetuju kalau kami katakan manusia di masa kini sudah tidak mampu hidup tanpa penggunaan teknologi canggih. Bukan hanya dalam sektor komunikasi, malah dunia perubatan, dunia kewangan, dunia perniagaan semuanya menggunakan teknologi

Meskipun sudah lama dikelilingi alatan moden serba canggih ini, masih terdapat manusia yang percaya pada beberapa mitos yang sebenarnya telah memberikan persektif yang salah pada sesuatu produk.

Di bawah kami kongsikan 5 dari beberapa mitos yang orang ramai masih lagi percaya untuk pembacaan anda :

#1 Ram [Lebih tinggi Ram, lebih laju]

Tanya sahaja pada semua orang, disaat mencari peranti ataupun komputer baru, antara ciri-ciri utama yang sentiasa menjadi dititikberatkan pastinya Ram.

Ini kerana ramai beranggapan lebih tinggi ram, lebih laju peranti/mesin mereka. Malah bagi pengguna komputer ramai yang memilih menaik taraf ram mereka dengan harapan ia akan menjadi superkomputer.

Tidak dinafikan ia memang membantu, namun secara praktikalnya ia tidak sebegitu . Ram adalah memori yang lebih laju dari harddisk, justeru data yang akan digunakan processor akan disalin ke Ram.

Disini ram dengan kapasiti tinggi jelas dapat membantu kerana data diantara ram dan harddisk akan saling bertukar sesama mereka namun harus diongatkan kekuatannya pula bergantung kepada processor dan jenis ram yang digunakan.

Jika budget anda terhad, utamakan processor dahulu berbanding Ram, kerana ram boleh dinaik taraf manakala kos menukar processor jauh lebih mahal.

#2 Produk Apple terutama komputernya imun pada virus

Antara mitos popular yang dahulunya turut dipercayai Apple. Ini kerana menurut mereka sistem operasi Mac iaitu OSX dan MacOS dibina berasaskan UNIX. Selain itu penggunaan Mac yang kecil berbading PC biasa menyebabkan orang ramai yakin hackers dan para penggodam di seluruh dunia tidak mengendahkan komputer ini.

Namun menyedari yang Mac juga boleh diserang oleh penggodam dan virus, Apple mengubah ayat yang pernah digunakan mereka sebelum ini iaitu ‘Mac tidak terdedah kepada ribuan virus yang kerap melanda komputer berasaskan Window’ kepada OS X direka berasaskan teknologi canggih dan hebat yang sentiasa menjaga keselamatan Mac anda”

Lebih mengejutkan apabila kajian yang dilakukan syarikat antivirus, Sophos terhadap 100,000 dari pengguna Mac mendapati satu dari lima Mac yang diuji mempunyai sekurang-kurangnya satu malware.

“Oh itu OS X, kini Mac dah bertukar ke Mac OS!”. Mesti ada yang rasa macamtukan ?

Satu lagi perisian antivirus, Malwarebytes pada awal 2020 melaporkan buat pertama kalinya ancaman terhadap Mac adalah dua kali ganda berbanding PC biasa pada 2019.

Perkara ini difahamkan berlaku kerana trend semasa dimana produk Apple kini menjadi pilihan pertama ramai pengguna PC/laptop meskipun harganya semakin mencanak naik.

Selain itu berbanding pengguna Windows yang selalunya berdepan dengan malware tradisional pengguna Mac kini kerap berhadapan dengan AdWare dan PUP seperti MacKeeper dan MacBooster yang kononnya membantu ‘membersihkan’ komputer anda.

#3 Lagi tinggi Megapixel lagi bagus kamera

Untuk mereka yang ingin membeli peranti masa kini, selain dari jenamanya ramai yang turut mementingkan kualiti kameranya.

Namun ramai tersilap dimana mereke cenderung memilih peranti yang hadir dengan kamera yang mempunyai Megapixel tinggi sedangkan ianya sebenanrya langsung tidak berkait dengan kualiti foto digital tetapi lebih kepada ukuran saiz foto tersebut.

Sebaliknya perkara yang harus diutamakan adalah jenis processor, optiknya, jenis dan ukuran sensor kamera kerana ini yang menentukan kualiti foto tersebut.

Namun megapixel juga penting untuk imej yang ingin di zoom in secara digital. Semakin tinggi resolusi kamera yang anda gunakan semakin kuranglah bintikan pada imej yang jika di zoom.

Percaya atau tidak iphone 11 Pro Max yang hanya mempunyai 36MP selepas digabungkan 3 kamera belakang mereka sebenarnya setara dengan kamera Samsung S20 Ultra (108 MP) dan Xiaomi Mi 10 (108MP)

#4 Lagi penuh bar lagi laju internet

Semua orang pasti pernah berdepan dengan situasi dimana telefon anda seolah-olah tiada internet sedangkan bila disemak pada indikasi, bar isyarat anda penuh.

Tak pelik pun sebenarnya, ini kerana jumlah bar yang dipaparkan tu tidak melambangkan isyarat telefon anda kuat.

Bar isyarat digunakan untuk mengetahui betapa kuatnya connecition di antara peranti anda menara sel. Namun tidak ada standard industri yang menentukan bagaimana mengira bar isyarat tersebut .

Sebabtu kadang kala dua phone yang berlainan model namun menggunakan network yang sama kadang-kala menunjukkan perbezaan bilangan bar.

Perkara sama boleh dikaitkan dengan signal pada wifi juga, bar wifi anda mungkin kelihatan penuh namun sel yang dihantar menerusi WIFI router adalah slow atau dalam kata lainnya internet yang router itu sendiri terima adalah perlahan.

Ini kerana bar pada signal wifi dipengaruhi oleh kedudukan dan jarak anda dengan wifi router anda bukan kelajuan datanya.

#5 Peggunaan tab ‘Incognito’ & ‘Private’ adalah selamat

Ini antara satu lagi tanggapan salah oleh kebanyakan pengguna internet dimana mereka mempercayai melayari internet dengan Incognito(chrome) atau private tab (safari) adalah selamat .

Mode incognito sebenarnya hanyalah mod penyamaran dimana browser anda tidak akan menyimpan sebarang cache dan history disepanjang aktiviti anda, namun malangnya identiti anda tetap tidak akan disembunyikan dari laman web yang anda kunjungi serta ISP( Internet Service Provider)

Bukan itu sahaja, malah ISP anda boleh mengetahui apa sahaja gerak geri dan kelakuan anda di dalam dunia internet.

Satunya cara untuk mengelakkan semua ini adalah dengan menggunakan Virtual Private Network(VPN). Namun untuk mendapatkan privasi sebegini pastilah dengan amaun berbayar bukan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.