“Lelaki Yang Bercerai & Ada Anak, Jadikan Sharnaaz Contoh” – Neelofa
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Meskipun tidak lagi mempunyai hubungan ipar dengan pelakon Sharnaaz Ahmad selepas dia dan kakak kepada Neelofa, Noor Nabila bercerai, pengacara terkenal itu menyifatkan Sharnaaz sebagai seorang ayah yang baik.
Bukan itu sahaja, Neelofa turut merasakan bekas abang iparnya itu wajar dijadikan contoh oleh pasangan yang berhadapan dengan perkara yang sama iaitu tetap bertanggung jawab kepada anaknya, Jeba Jayden malah mengorbankan masa hampir setiap hari untuk berjumpa dan bersamanya.
“Kes mereka sudah berlarutan lama sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, apabila sudah selesai saya turut bersyukur dengan keputusan mereka berdua. Dalam masa sama saya rasa ada hikmah kenapa perkara ini diperlambatkan.
“Sebab dalam waktu itu hubungan Nabila dan Sharnaaz sangat pulih dari segi ‘co-parenting’. Sharnaaz seorang ayah yang sangat bertanggungjawab yang saya rasa korbankan masa dia hampir setiap hari untuk jumpa anak.
“Perkara itu perlu dijadikan contoh kepada mereka yang bercerai ada anak tapi kena ada masa untuk pergi jumpa. Sebab saya juga adalah dari keluarga yang bercerai yang mana mak dan ayah saya berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu dan dia menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun.
“Tapi, untuk seorang ayah datang tengok anak macam itu dengan kerap bukan mudah. Saya harap satu hari kalau Jebat tahu benda ini dan tengok rakaman video ini dia akan hargai. Orang yang dengar ini pun yang ada anak dan bercerai, kena juga ambil masa sebab ia sangat penting untuk anak itu hargai jalinan yang diberikan,” katanya.
Pilih menjadi neutral
Saat diajukan soalan mengenai hubungannya bersama Sharnaaz, pengacara Next To Neelofa ini berkata dia lebih selesa menjadi neutral sahaja.
“Kalau boleh tak nak masuk campur. Saya harap dia dan Nabila kalau boleh duduk baik-baik, cakap baik-baik, komunikasi baik-baik dan ‘co parenting’ elok-elok, itu sudah cukup bagi saya.
“Tak perlulah saya nak menjadi kawan baik atau musuh. Saya hanya menjadi neutral saja, itu lebih baik,” katanya.
Terdahulu, Sharnaaz & Nabila telah mengesahkan penceraian mereka pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Hasil dari perkahwinan mereka pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.