fbpx
Now Reading
Dr Noor Hisham Dedah Pernah Tanam Cita-cita Untuk Jadi Mufti, Sebelum Pilih Pegawai Perubatan

Dr Noor Hisham Dedah Pernah Tanam Cita-cita Untuk Jadi Mufti, Sebelum Pilih Pegawai Perubatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Datuk Seri Dr Noor Hisham, pasti satu Malaysia mengenalinya. Nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini semakin melonjak selepas wajahnya dilihat setiap hari tampil di kaca TV bagi melaporkan perkembangan terkini virus Covid-19 yang begitu digeruni di seluruh dunia.

Personaliti yang bersahaja ditambah dengan kredibilitinya memimpin barisan hadapan membuatkan ramai kagum dan yakin kemampuan beliau dalam mengekang penularan Covid-19.

Foto: Dr Hisham

Malah beliau dan pasukannya turut mendapat pengikitirafan media dan pasukan perubatan dunia lainnya apabila disenaraikan sebagai 3 doktor terbaik di dunia dalam berdepan virus maut tersebut.

Baru-baru ini Dr Hisham telah berkongsi serba sedikit mengenai latar belakangnya sewaktu ditemu bual oleh NST.

Siapa sangka wira negara ini sebenarnya pernah bercita-cita untuk menjadi mufti ataupun pegawai agama sewaktu berumur 14 tahun.

“Saya ingin menjadi seorang pegawai agama atau mufti. Ya saya serius,” kata Dr Hisham.

Beliau mendedahkan bidang perubatan bukanlah pilihan utamanya pada waktu itu namun atas nasihat ketua jabatan pengajian agama sewaktu di di Kolej Islam Sultan Alam Shah, dia menukar pilihan sebelum jatuh hati kepada bidang perubatan.

“Saya meminati pengajian agama tetapi tetapi pada satu hari ketua jabatan pengajian agama memanggil saya dan meminta saya membaca berkaitan perubatan. Katanya sudah ramai yang mempelajari agama tetapi masih belum ramai yang mempelajari bidang perubatan. Saya ingin membantu orang ramai dan akhirnya saya menyedari saya boleh membantu dengan mendalami bidang perubatan.”

Dr Noor Hisham menerusi temubual itu lagi turut mendedahkan yang beliau dibesarkan ibu tunggal selepas ibu angkatnya itu berpisah sewaktu dia berada di darjah lima.

“Kami terpaksa berdiri sendiri (bersama ibu angkat) dan saya belajar untuk berdikari dan bebas sejak daripada kecil,” kongsinya.

Bercerita mengenai keluarganya, Dr Noor Hisham memaklumkan yang dia dibesarkan sebuah keluarga Cina Muslim dari Sungai Pelek, Sepang dan hanya mengetahui statusnya sebagai anak angkat sewaktu sudah berumur 46 tahun.

Namun resipi kejayaan pasti datang dari usahanya serta hasil didikan keluarga angkat dan orang di sekelilingnya. Kerana mereka jugalah Dr Noor Hisham kini dikenali bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia.

Untuk info tambahan anda boleh membaca temuramah penuh beliau bersama Elana Koshy dari NST di sini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.