fbpx

Selamatkan Jutaan Nyawa Dari Virus Maut, Ini Sejarah Dr Wu Lien Teh, Doktor Malaysia Yang Mencipta Face Mask N95

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak Covid-19 masih lagi menhantui penduduk dunia. Setakat ini sahaja sudah 17 juta orang yang dijangkiti virus ini dengan angka korban seramai 750 ribu.

Jika keadaan didalam negara sedikit reda, namun peningkatan kes yang membimbangkan memaksa kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka di kawasan umum dan pengangkutan awam bermula 1 Ogos lalu.

Namun topik kali ini bukan mengenai covid-19 atau pelaksanaan penutup muka yang kami yakin telah diketahui semua orang. Sebaliknya topik kali ini lebih kepada sejarah penutup muka ini sendiri yang mungkin tak ramai tahu.

Tanpa kita sedari, rupanya orang disebalik penciptaan topeng muka keselamatan yang kita gunakan kita adalah seorang rakyat Malaysia, atau dikenali dengan nama Tanah Melayu pada waktu itu.

Kisah Dr. Wu Lien-Teh kurang didendangkan sebelum ini namun mula menjadi bualan selepas penularan wabak Covid-19 dan diceritakan sendiri oleh Presiden Persatuan Mikrobiologi dan Jangkitan Klinikal, Professor Paul Tambyah hasil laporan yang ditemuinya di National University of Singapore (NUS)

Bukan itu sahaja individu penting ini juga pernah dicalonkan sebagai penerima Anugerah Nobel (pertama dari Malaysia) dan hero utama dalam membendung penularan wabak Manchuria pada tahun 1910-1911 di China.

Macam familiar bukan namanya?

Ya! Jalan Wu Lean Teh di Ipoh dan Jalan Dr Wu Lien Teh di Pulau Pinang diambil bersempena dengan nama pakar perubatan ini.

Diahirkan pada tahun 1879 di Pulau Pinang (lebih dari 100 tahun dahulu), Dr Wu yang turut dikenali sebagai sebagai Goh Lean Tuck (Bahasa Minna) dan Ng Leen Tuck (Mandarin) merupakan seorang doktor di Tanah Melayu yang begitu terkenal didalam sektor kesihatan awam.

Merupakan generasi ketiga berketurunan Hakka di Tanah Melayu, ayahnya seorang tukang emas adalah pendatang dari Taishan, China manakala ibunya adalah generasi kedua penduduk Hakka di negara kita.

Membesar bersama 9 lagi adik beradiknya Dr Wu mendapat pendidikan awal di Penang Free School sebelum mendapat tajaan Queen’s Scholarship untuk melanjutkan pelajarannya di Emmanuel College, Cambrigde pada tahun 1894 sekaligus menjadi pelajar berketuruan cina pertama di dunia yang berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang perubatan disana.

Selepas beberapa tahun berkelana di UK dan Peranchis beliau kemudiannya pulang ke Pulau Pinang pada 1903.

Berbekalkan ilmu perubatan dari University of Cambridge dan Liverpool School of Tropical Medicine serta latihan industri di hospital terkemuka di London iaitu St Mary’s Hospital beliau kemudia mula menabur bakti kepada penduduk Pulau Pinang yang merupakan sebahagian dari negeri-negeri selat .

Tahun 1910 wabak menyerang Manchuria, China

Foto : DisasterHistory

Segalanya bermula pada tahun 1910, apabila Dr Wu diminta oleh kerajaan China untuk turun ke Harbin, Manchuria bagi mengetuai siasatan satu penyakit misteri yang telah membunuh 95% dari pesakitnya di sana.

Difahamkan penyakit ini merebak dari binatang kepada manusia akibat penggunaan bulu haiwan sebagai pakaian di zaman itu dan dikhuatiri boleh merebak ke Eropah menerusi kereta api trans-Siberia yang membawa penumpang dan barang dagangan dari timur laut China.

Akhirnya penyakit ini dikenali sebagai wabak Manchuria dan berpunca dari bulu marmot (binatang dari spesies tikus) yang menjadi haiwan buruan pada masa itu.

Angka kematiannya seramai 60,000 orang pada ketika itu cukup menakutkan ,namun hasil usaha keras Dr Wu dan pasukanyna mereka akhirnya berjaya mengekang wabak tersebut .

Malah hasil dari usaha mereka itu lah wujud nya pelitup muka perubatan jenis N95 yang digunakan secara meluas kini.

Kenapa 95? Kerana topeng muka n95 mampu menapis 95% partikel kecil udara dari masuk ke ruang pernafasan manusia.

Namun kejayaan pasukan mereka tidak datang begitu sahaja, sebelum Dr Wu berjaya menemui jalan penyelesaian ramai pakar perubatan yang sudahpun terkorban baik dari dalam China juga pakar dari Eropah.

Ini kerana ramai tidak menyedari wabak ini sebenarnya tersebar melalui udara dan bukannya dari kutu mahupun serangga seperti tanggapan awal mereka.

Hasil autopsi yang dijalankan kepada beberapa pesakit, Dr Wu kemudiannya mencadangkan agar pelitup muka digunakan. Dengan menggunakan pelitup muka pembedahan sedia ada, beliau kemudian mengubahsuainya dengan menambah kain kasa serta kapas sebagai penapis tambahan.

Foto : Tandfonline / Universiti Of Hong Kong

Ciptaannya itu kemudiannya berhasil dimana mereka yang menggunakannya selamat manakala yang tidak mengikutinya kecundang di tengah jalan antaranya pakar terkemuda dari Perancis , Dr Gerald Mesny

Sebagai langkah tambahan, Dr Wu dan pasukannya turut melakukan operasi kuarantin serta melancarkan proses pembasmian kuman di hospital.

Bukan itu sahaja dia kemudian mengarahkan mayat mereka yang mati disebabkan wabak ini dibakar berbanding di tanam. Hasilnya bilangan kes makin berkurangan dan terus menurun.

Tidak sampai beberapa bulan kemudiannya wabak Manchuria akhirnya berjaya dibasmi secara total. Hasil usahanya itu juga dia telah dicalonkan untuk kategori Hadiah Nobel Perubatan pada tahun 1935.

Dr Wu kemudiannya terus menetap di China dan hanya pulang ke tanah melayu selepas penjajahan Jepun di China pada 1937. Dia kemudian bertugas sebagai GP di Ipoh, Perak dan difahamkan menawarkan servis konsultan secara percuma kepada pesakitnya.

Dia akhirnya kembali ke Pulau Pinang selepas bersara pada umur 80 tahun. Zaman persaarannya dihabiskan dengan menghasilkan autobiografi mengenai dirinya sendiri yang bertajuk “Plague Fighter, the Autobiography of a Modern Chinese Physician.”

Setahun kemudiannya, pada tanggal 21 Januari 1960, Dr Wu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas diserang strok dirumahnya di Pulau Pinang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.